Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin baru-baru ini bercakap soal institusi diraja.
Dia mengatakan raja Melayu boleh memainkan peranan penting dalam menyatukan parti Melayu untuk menjadikan kaum berkenaan lebih dominan dalam pentadbiran negara.
Kenyataan sama yang pernah dilontarkan oleh penasihat Perikatan Nasional (PN), Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Namun, adakah Hamzah lupa bahawa PN sebelum ini banyak kali menyerang institusi diraja?
Mengapa tiba-tiba mahu bercakap soal institusi raja? Mahu raih simpati daripada raja-raja Melayu?
SUMBER: https://www.beritaharian.sg/malaysia/muhyiddin-dituduh-menghasut-sentuh-mantan-agong-msia-di-prk-nenggiri
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berulang kali menyerang mantan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Muhyiddin dakwa dia mendapat sokongan majoriti selepas selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Muhyiddin juga dakwa kesemua dokumen sokongan sudah diserahkan kepada Istana Negara meskipun dinafikan oleh mantan YDPA.
Namun mantan YDPA menolak dakwaan berkenaan dan bertitah bahawa tiada sebarang dokumen diterima oleh pihak istana.
Mantan YDPA juga mencadangkan kerajaan perpaduan yang dibentuk bersama semua parti namun ditolak mentah-mentah oleh Muhyiddin.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddin-wajar-mohon-maaf-pulih-keraguan-dicetuskan-terhadap-agong-pemuda-umno-484218
Dakwaan Muhyiddin turut mendapat respons Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menegaskan kenyataan itu telah meremehkan tugas YDPA dan berniat untuk menyebarkan kebencian kepada rakyat.
Tengku Mahkota Pahang juga mengatakan kenyataan itu bersifat pra-matang dan membuktikan Muhyiddin tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Muhyiddin perlu jelas tentang Perlembagaan Persekutuan dan bukan sewenang-wenangnya cuba mempersoalkan keputusan YDPA.
Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berhubung pelantikan Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pertimbangan YDPA mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.
Dalam situasi sesuatu gabungan parti politik mempunyai majoriti yang jelas iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 112 kerusi, soal pertimbangan YDPA tentang pihak yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat tidak pernah berbangkit.
Namun, kuasa YDPA selalunya hanya akan dilaksanakan dalam keadaan apabila tiada gabungan parti politik mempunyai majoriti yang jelas seperti keadaan yang berlaku selepas Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/08/19/pahangs-tengku-hassanal-calls-for-firm-action-over-muhyiddins-nenggiri-speech/
Pelantikan Perdana Menteri yang dilakukan oleh mantan YDPA adalah selari mengikut kepada amalan negara-negara Komanwel.
YDPA akan melantik Perdana Menteri dalam kalangan parti yang mendapat majoriti tertinggi mengikut amalan berkenaan.
YDPA tidak boleh melantik mana-mana Ahli Parlimen tanpa melihat bukti kerusi sesebuah parti yang dimenangi pada PRU-15.
Sebab itu, penggunaan SD juga boleh diterima pakai tetapi tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bukti paling utama dalam pilihan raya umum datangnya daripada rakyat melalui peti undi.
Maka, tidak wajar bagi Muhyiddin untuk menafikan keputusan mantan YDPA kerana Pakatan Harapan (PH) meraih lebih banyak kerusi Parlimen berbanding PN dalam PRU-15.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1029752/ikut-amalan-komanwel-agong-akan-lantik-pm-parti-dapat-majoriti
PN sebenarnya hanya mahu memainkan naratif Melayu untuk meraih sokongan kaum tersebut.
Mengapa sebelum ini menyerang raja-raja Melayu khususnya mantan YDPA?
Adakah strategi lama sudah tidak berkesan?
PN tidak perlu mengikut 'ajaran' Mahathir kerana politikus veteran itu hanya mementingkan agenda peribadinya.
Kalau benar mahu memperjuangkan kaum Melayu, sepatutnya selepas PRU-15 sudah bersatu bersama parti Melayu lain.
Comments
Post a Comment