Haniff Khatri Nak Mengajar Majlis Raja-Raja?


Peguam Haniff Khatri Abdulla cuba untuk mengajar Majlis Raja-Raja dalam soal pelantikan hakim.

Dia menggesa Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak sebarang pencalonan seorang hakim kanan.

Kenapa Haniff Khatri nak mengajar Majlis Raja-Raja Melayu membuat keputusan?

Kenapa sengaja mahu mengapi-apikan isu berkenaan dan menjadikannya sebagai bahan politik peribadi?
Haniff Khatri seolah-olah sengaja mahu memberitahu rakyat bahawa sekiranya Majlis Raja-Raja Melayu membuat keputusan untuk menerima hakim berkenaan, keputusan itu adalah 'salah'.

Kalau Haniff Khatri mahu bercakap soal integriti, dia tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang berat sebelah.

Sekiranya semua individu yang ada kes di mahkamah adalah 'bersalah', mengapa tak desak ahli-ahli politik pembangkang yang turut mempunyai rekod kes untuk melepaskan jawatan mereka sebagai ahli Parlimen serta jawatan dalam parti?

Dulu sewaktu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencampuri urusan pelantikan hakim, mengapa tidak bersuara?

Sebab itu, jangan sesekali mengeluarkan kenyataan berat sebelah yang hanya memakan diri sendiri.

SUMBER: https://focusmalaysia.my/care-to-comment-on-jac-appointment-issue-najib-asks-tun-m-tommy-thomas/


Haniff Khatri bukan sahaja tidak menghormati Majlis Raja-Raja Melayu, dia juga pernah menghina mahkamah.

Dia pernah didenda sebanyak RM30,000 atau penjara sebulan kerana menghina mahkamah selepas tidak menghormati Mahkamah Persekutuan dalam kes pertikaian harta.

Bagaimana seorang yang menghina mahkamah mahu mengajar Majlis Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan pelantikan hakim?

Dia sibuk hendak berbicara soal integriti, sedangkan dia juga pernah melanggar perkara-perkara berkaitan integriti.

Sebarang keputusan Majlis Raja-Raja Melayu berkenaan pelantikan seseorang hakim adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, nasihat Perdana Menteri serta syor daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang bertujuan memastikan integriti, kelayakan dan kebebasan badan kehakiman sentiasa terpelihara.

Maka, jangan sesekali mengajar Majlis Raja-Raja Melayu tentang cara membuat keputusan dan cuba untuk mendahului prinsip keadilan.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/660195/peguam-haniff-khatri-didenda-rm30000-hina-mahkamah


Haniff Khatri sebenarnya adalah orang kanan Mahathir sejak dulu lagi. Dia pernah ditawarkan jawatan sebagai pengerusi sementara Pejuang di Penang sebelum ini.

Dia juga pernah mendakwa Mahathir tidak sepatutnya duduk di blok pembangkang ketika Bersatu berpecah pada 2020.

Kenyataan dangkal sebegitu dikeluarkan oleh seorang peguam hanya kerana mahu mempertahankan kroninya.

Sebagai seorang peguam, Haniff Khatri sepatutnya lebih arif bahawa apabila Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari 2020 dan Bersatu pula menarik diri daripada gabungan PH, maka kedudukan Mahathir secara automatik tergolong dalam blok pembangkang.

Kalau Mahathir tidak mahu menjadi pembangkang, mengapa memulakan perpecahan dalam Bersatu sehingga Bersatu keluar dari kerajaan?

SUMBER: https://bebasnews.my/2022/10/30/tun-m-didakwa-punca-bersatu-tarik-diri/


Seeloknya, Haniff Khatri fokus sahaja tugasnya sebagai peguam.

Tak perlu sibuk-sibuk mencampuri hal ehwal Majlis Raja-Raja Melayu.

Majlis Raja-Raja Melayu tidak memerlukan nasihat daripada Haniff Khatri.

Apa yang Haniff Khatri mahu bimbangkan?

Takut individu seperti Mahathir dihadapkan ke mahkamah?

Kalau tak bersalah, kenapa perlu takut?

Comments