Syed Saddiq Tak Pernah Sumbang Apa-Apa

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini sekali lagi menunjukkan sisi sebagai individu yang kononnya 'pejuang' rakyat.

Kali ini, Syed Saddiq mendakwa Bukit Chagar di Johor Bahru bakal sesak susulan pembangunan projek Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Dia mendakwa kira-kira 30,000 orang akan berdepan kesesakan kerana kerajaan tidak memikirkan soal pengurusan trafik.

Namun, dakwaan tersebut merupakan usaha terdesak seorang ahli politik yang semakin pudar dan tidak melakukan apa-apa namun masih berani mengkritik pembangunan berskala besar seperti RTS Link.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2022/08/16/netizen-tuduh-muda-syed-saddiq-hipokrit/

Syed Saddiq cuba mencipta retorik yang berisiko mencetuskan panik kepada orang ramai.

Projek berkenaan merupakan salah satu pemangkin pertumbuhan Johor Bahru dan bakal mencipta ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

Selain itu, projek RTS Link merangsang kemasukan pelaburan dari Singapura melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

RTS Link turut mengubah Johor Bahru menjadi hab serantau ekonomi susulan nilai hartanah dilaporkan sedang meningkat kira-kira 20 peratus.

Paling utama adalah projek itu mengukuhkan hubungan perniagaan rentas sempadan antara Johor dan Singapura khususnya.

SUMBER: https://www.myrumahbaru.com/blog/johor-property-market-2026-rts-link-impact-growth

RTS Link dibangunkan bagi mengurangkan kesesakan kenderaan di Tambak Johor yang membelenggu para pengguna jalan raya selama beberapa dekad.

Justeru, projek itu bukan punca kepada masalah kesesakan, sebaliknya merupakan penyelesaian jangka masa panjang bagi masalah di Tambak Johor.

Tiada lagi barisan panjang kenderaan tanpa penghujungnya, hanya pengangkutan rel moden dan efisien, berpotensi meningkatkan ekonomi Johor.

Pakar-pakar pembangunan negara telah bekerja selama bertahun-tahun untuk memastikan pembangunan projek RTS Link dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat secara keseluruhannya.

Namun, Syed Saddiq lebih berminat untuk cuba menakutkan rakyat dengan naratif dangkal seperti itu.

Sepatutnya, Syed Saddiq menawarkan penyelesaian yang membina seperti mencadangkan beberapa pelan pengurusan trafik khusus.

SUMBER: https://hartamas.com/the-rts-js-sez-effect/

Apa sebenarnya telah dilakukan oleh Syed Saddiq selama ini?

Sebagai pengasas parti MUDA, dia hanya menunggang gelombang semangat anak muda di dalam arena politik tempatan, memberi janji manis tentang perjuangan anti-rasuah.

Ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan, apa jasa dan sumbangan Syed Saddiq kepada bidang sukan negara? Apa legasi yang ditinggalkan?

Pengangguran belia di Malaysia ketika itu kekal tinggi dan infrastruktur sukan khususnya di kawasan Parlimennya, Muar masih mundur.

Malahan, kempen anti-rasuah yang digembar-gemburkan gagal kerana dia sendiri terlibat dalam kes pengubahan wang haram serta rasuah.

Parti yang diasaskannya juga hampir runtuh, bergelut untuk memenangi sebarang kerusi atau mempengaruhi dasar nasional selain hanya pandai memekak di media sosial.

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/02/13/syed-saddiq-not-only-would-muda-have-failed-but-i-too-as-its-founder-if-it-only-depends-on-me/117804

Sekiranya Syed Saddiq benar-benar peduli tentang Johor, dia sepatutnya berganding bahu dan memberi sumbangan, bukannya melemparkan 'tahi'.

Sebaliknya, dakwaannya itu hanya sekadar bunyi-bunyi bising daripada seorang ahli politik pembangkang.

RTS Link dibangunkan untuk menyelesaikan kesesakan di sempadan Johor-Singapura selain memberi manfaat ekonomi, pelancongan serta sosial kepada rakyat dan negara.

Rakyat Malaysia tidak boleh tertipu dengan taktik klasik ahli politik pembangkang seperti Syed Saddiq yang banyak mencetuskan naratif untuk tujuan menimbulkan rasa panik.

Syed Saddiq hanya seorang oportunis politik yang cuba menunggang isu-isu semasa namun dia langsung tidak menyumbang apa-apa kepada negara.

Comments