Razak Baginda Cuma Berlakon


Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda banyak memainkan naratif bahawa dia tidak bersalah membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu.

Namun, ramai mengetahui naratif tersebut sukar untuk dipercayai oleh kebanyakan pihak memandangkan hubungannya dengan model berkenaan.

Kalau diteliti motif dan pelbagai pendedahan selain tingkah laku Abdul Razak yang mencurigakan, sukar untuk menafikan dia tidak terbabit secara langsung dalam pembunuhan itu.

Sebenarnya Abdul Razak hanya berlakon sahaja! Itu sebenarnya yang semua orang perlu tahu.
Mengapa Abdul Razak dikatakan berlakon? Banyak kisah di sebalik kes pembunuhan berkenaan.

Laporan audit forensik LCS yang disedikan untuk Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) memetik nama Abdul Razak sebagai individu menggunakan kaedah tidak beretika dalam perolehan dua kapal selam Scorpene.

Selain Razak, pembuat kapal Perancis, DCNS kini dikenali sebagai Naval Group turut terpalit dengan kontroversi itu.

Laporan itu mendakwa bahawa di bawah perjanjian kapal selam tersebut, pegawai kerajaan Malaysia iaitu Abdul Razak menyasarkan untuk mendapatkan pembayaran sebanyak RM514 juta melalui syarikat swasta Perimekar Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan dikatakan dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak.

Namun berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Razak tidak disenaraikan sebagai pengarah dalam Perimekar.

Justeru, siapakah pengarah syarikat berkenaan kalau pemiliknya bukan Abdul Razak?

SUMBER: https://www.thevibes.com/articles/news/69715/razak-baginda-dcns-lcs-nightmare-repeat-of-scorpene-scandal


Pemegang saham utama Perimekar adalah KS Ombak Laut Sdn Bhd.

Pengarah KS Ombak Laut adalah isteri kepada Abdul Razak iaitu Mazlinda Makhzan serta anak perempuannya, Rowena Abdul Razak.

Mazlinda telah menjadi pengarah syarikat berkenaan sejak 2001 manakala Rowena memegang jawatan tersebut sejak 2010.

Dua wanita tersebut turut memiliki pegangan majoriti saham dalam KS Ombak Laut.

Sebanyak 114 juta euro didakwa telah dibayar sebagai 'yuran rundingan' oleh DCNS kepada Perimekar.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/194290


Yuran rundingan berkenaan didakwa menjadi punca utama model Mongolia, Altantuya Shaariibbuu dibunuh oleh Abdul Razak.

Altantuya didakwa mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran sebanyak AS$500,000 daripada yuran berkenaan.

Namun Abdul Razak rimas dengan perbuatan Altantuya dan mangsa ditembak mati serta diletupkan pada Oktober 2006.

Pada tahun 2010, kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah memfailkan aduan terhadap DCNS di mahkamah Perancis atas dakwaan pembayaran komisen haram kepada Perimekar.

Aduan tersebut membawa kepada serbuan ke atas pejabat DCNS dan rampasan pelbagai dokumen.

Dokumen tersebut dilaporkan menyokong dakwaan pembayaran haram serta mendedahkan penggunaan rangkaian syarikat perantara termasuk Perimekar.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/236909


Disebabkan itu, Abdul Razak hanya berlakon dan sebenarnya dia memiliki motif kuat untuk melakukan jenayah berkenaan.

Abdul Razak tak perlu lagi memainkan naratif bahawa dia tidak bersalah.

Banyak kisah di sebalik kes tersebut yang telah terbongkar dan Abdul Razak perlu dikenakan hukuman sewajarnya.

Hukuman ganti rugi sahaja tidak mencukupi, sepatutnya dia meringkuk di dalam penjara.

Paling penting, jangan percaya kata-kata Abdul Razak, dia hanya berlakon.

Comments