Kadir Jasin Cukuplah Jadi 'Balaci' Mahathir

Bekas wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin bukan asing dalam dunia politik tempatan.

Dia merupakan salah seorang penyokong tegar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semua penulisannya di media sosial akan mempertahankan Mahathir.

Dia sering menyembunyikan kesilapan Mahathir dengan mencari simpati rakyat.

Malah, Abdul Kadir kerap menuding jari kepada kerajaan tetapi pada masa sama cuba menutup kelemahan bekas ketuanya iaitu Mahathir.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/03/19/kadir-perlu-berhenti-cari-salah-anwar-kena-berani-tegur-mahathir/

Abdul Kadir pernah mendakwa pembentukan Kabinet baharu di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai 'Kabinet kitar semula' kerana menampilkan ramai muka lama.

Dia mendakwa walaupun kitar semula sampah baik untuk alam sekitar, ada 'sampah' yang terlalu kotor dan beracun untuk dikitar semula, merujuk kepada barisan Kabinet tersebut.

Bukan itu sahaja, Abdul Kadir mendakwa Ismail menjadikan kerajaan sebagai alat untuk menghiburkan diri dan memuaskan hati pihak tertentu.

Kalau melihat sejarah semula, bukankah Mahathir juga mempunyai tingkah laku sedemikian?

Berapa banyak Mahathir memberi kontrak kerajaan kepada kroni-kroninya sehingga mereka mampu menjadi kaya-raya sehingga hari ini?

Berapa banyak dana kerajaan digunakan oleh Mahathir untuk 'jamin' syarikat-syarikat kroninya yang hampir muflis sebelum ini?

Adakah Abdul Kadir lupa bagaimana Mahathir sewenang-wenangnya menggunakan kuasanya untuk melaksanakan Ops Lalang?

Abdul Kadir turut lupa tentang Tragedi Memali? atau Krisis Perlembagaan 1988?

Siapa sebenarnya yang menjadikan kerajaan sebagai alat untuk menghiburkan hati?

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2017/10/14/tun-m-kena-minta-maaf-kepada-mangsa-ops-lalang/

Abdul Kadir sebelum ini mengkritik tindakan Sarawak menukar gelaran 'Ketua Menteri' kepada 'Premier'.

Dia mendakwa Sarawak seolah-olah lebih mengutamakan perubahan gelaran berbanding kebajikan rakyatnya.

Abdul Kadir mendakwa keadaan itu berlaku kerana Kerajaan Persekutuan lemah dan Perdana Menteri tidak dihormati, menyebabkan negeri-negeri lain semakin berani bertindak sendiri.

Untuk pengetahuan Abdul Kadir, penukaran gelaran tidak menjejaskan usaha Sarawak terhadap kebajikan rakyatnya.

Sarawak merupakan salah satu negeri yang mempunyai aplikasi pembayarannya sendiri, biasiswa pengajian tinggi untuk anak-anak kelahiran negeri berkenaan selain kos sara hidup di negeri itu yang berpatutan.

Gelaran itu hanya bertujuan untuk membezakan kedudukan Sarawak daripada negeri-negeri lain, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memberikan Sarawak kuasa autonomi lebih luas berbanding negeri lain.

Sarawak tetap menghadiri mesyuarat bersama menteri-menteri besar atau ketua-ketua menteri lain meskipun gelarannya berbeza.

Bukankah Mahathir yang mengabaikan rakyat negeri-negeri Borneo suatu ketika dahulu? Mengapa Abdul Kadir tidak membangkitkan tentang perkara itu?

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2018/04/06/tun-m-kena-mohon-maaf-hina-orang-sabah-sarawak/

Selain itu, Abdul Kadir mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serentak merupakan prospek yang menakutkan. 

Dia turut menuduh Anwar mempertahankan pelantikan ahli Parlimen yang mempunyai kes mahkamah dengan alasan 'tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'. 

Namun, mengapa Abdul Kadir tidak berkata apa-apa ketika Mahathir melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan pada 2018?

Guan Eng juga memiliki kes mahkamah pada masa itu.

Mengapa apabila kerajaan bukan di bawah pimpinan Mahathir melakukan langkah sedemikian, baru dengar suara Abdul Kadir?

Adakah semua yang dilakukan oleh Mahathir nampak 'suci' di mata Abdul Kadir?

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2022/12/30/tun-m-dulu-lantik-guan-eng-ada-kes-mahkamah-juga-netizen/

Cukup-cukuplah Abdul Kadir menghentam pihak lain dan menutup kelemahan Mahathir.

Keburukan Mahathir lebih banyak berbanding mereka yang dikutuk oleh Abdul Kadir.

Sebagai penulis politik, Abdul Kadir sepatutnya lebih fokus menerbitkan penulisan yang positif untuk generasi muda.

Mata pena lebih tajam daripada pedang namun penulisan juga yang mampu mencorakkan anak bangsa negara ini untuk menjadi pemimpin lebih berjaya untuk masa hadapan.

Jangan terus menjadi balaci Mahathir dan kembalilah menulis untuk anak bangsa.

Comments