Syed Saddiq - Ahli Kluster Mahkamah

Dua bulan yang lepas, kecoh satu sosial media Malaysia apabila diumumkan bahawa mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah yang membabitkan wang RM 1 juta serta pertuduhan menyalahgunakan harta – kesalahan yang dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020.


Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/841933/syed-saddiq-tiba-di-mahkamah-sesyen

Ini adalah kali kedua dimana Syed Saddiq telah didakwa di mahkamah. Adakah ini jenis orang yang rakyat ingin melihat sebagai pemimpin masyarakat?  

Nampaknya bukan MUDA yang sudah mula, namun kejatuhan Syed Saddiq sendiri yang sudah mula.


Untuk tuduhan pertama yang berlaku pada tahun lepas, Syed Saddiq didakwa telah mengeluarkan wang parti Bersatu berjumlah RM 1 juta pada Mac tahun lepas tanpa kebenaran parti, manakala tuduhan kedua pula beliau didakwa telah menyalahgunakan wang berjumlah RM 120 ribu kepunyaan Armada Bumi Bersatu Enterprise pada 2018.

Sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/syed-saddiq-mohon-dibicara/

Pada hari yang sama juga, Syed Saddiq sempat lagi membuat video live di media sosial beliau untuk merayu sumbangan daripada orang ramai dalam menjelaskan ikat jamin beliau sebanyak RM 330 000. Pada pandangan beliau, beliau tidak mempunyai duit untuk menjelaskan ikat jamin tersebut serta kos-kos guaman yang lain.

Adakah Syed Saddiq ini bodoh? Bukankah dia sendiri yang kata bahawa seluruh negara sedang mengalami kesan buruk daripada pandemik COVID 19 ini – justeru ramai orang tengah berada dalam keadaan susah dan mungkin juga tidak mempunyai duit langsung.

Inilah hipokrisi yang sering ditayangkan oleh Saddiq. Siapa yang akan menyimpan duit tunai sebanyak RM250,000 di rumah pada zaman ini dimana terdapat pelbagai kemudahan e-banking kecuali jika duit itu bukan dari sumber yang baik atau halal.

Tatkala orang ramai tengah susah, sempat pula dia ni meminta wang untuk hal sendiri seperti kos guaman – sedangkan beliau sering melakukan pelbagai gimik kononnya hanya beliaulah yang membantu penduduk Muar. Apa yang rakyat Malaysia, ataupun rakyat Muar, akan dapat dengan menyumbang kepada fundraiser beliau?

Sepanjang sesi bersama media dan di video live beliau pula, kita boleh nampak yang Syed Saddiq sedang bertungkus-lumus untuk mengalihkan perhatian daripada 2 dakwaan ke atas beliau, kononnya semua ini hanyalah sebuah intimidasi politik. Syed Saddiq turut menarik nama pemimpin-pemimpin BN yang lain, atas sebab apa?

Mengapa beliau begitu terhegeh-hegeh untuk menarik perhatian orang ramai ke tempat lain?

Antara banyak kali Syed Saddiq menipu, salah satu adalah pada 18 Mei 2018 bila beliau menegaskan bahawa adalah tanggungjawab semua peminjam PTPTN untuk membayar balik. Sekarang bukan ke tanggungjawab Syed Saddiq untuk membayar bayaran ikat jamin diri dia sendiri?

Menurut Syed Saddiq juga, walaupun siasatan telah tamat dan dakwaan boleh dilakukan pada tahun lepas, pihak pendakwa hanya melakukannya sekarang atas arahan kerajaan – untuk menakutkan Saddiq dan memaksa Saddiq untuk bekerjasama bersama kerajaan di Parlimen.

Jikalau apa yang diperkatakan adalah fakta, maka secara tersirat adakah Syed Saddiq mengaku yang memang kedua dakwaan keatasnya adalah benar?

Sudah terang lagi bersuluh, ini semua hanyalah salah satu sandiwara Syed Saddiq untuk perhatian.

Pernah sekali Berita Harian melaporkan yang Syed Saddiq 'Terpaksa lari dan lompat pagar macam orang salah' pada 1 Feb 2020. (Sumber - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/651658/terpaksa-lari-dan-lompat-pagar-macam-orang-salah)

APA AKAN TERJADI JIKA KALI INI SYED SADDIQ BETUL-BETUL DIDAPATI BERSALAH DI MAHKAMAH?

Dengan bermulanya pendakwaan ini, harap-harap rakyat Malaysia akhirnya sedar perangai sebenar Syed Saddiq.

Comments