Pasa masa kini, satu dunia mengecam tindakan rejim Zionis terhadap bumi suci Palestin.
Malaysia antara yang lantang mengecam Israel sejak dari dulu lagi. Malaysia juga tidak pernah mengiktiraf pasport Israel.
Rakyat Malaysia sendiri berhabis-habisan memboikot apa sahaja berkaitan dengan Israel.
Malangnya di Malaysia, sebelum ini wujud individu yang terang-terangan menyokong rejim Zionis.
Paling menyedihkan, individu tersebut bukanlah rakyat biasa namun politikus muda yang namanya sering disebut.
Individu itu adalah ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ironinya, sebelum itu, Syed Saddiq mengutuk Israel sebagai hipokrit terbesar dunia.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 2019.
Alih-alih, dia bergambar pula dengan Pengerusi Yahudi Israel Sedunia, Alex Soros. Siap dibawa meronda seluruh Putrajaya.
Alex Soros adalah anak kepada hartawan Yahudi terkemuka dunia iaitu George Soros.
Siapa yang hipokrit sekarang ini, Syed Saddiq? Dia atau Israel?
SUMBER: https://www.facebook.com/tuncarlos666/posts/macam-mana-yahudi-ni-boleh-lepas-masuk-malaysiasiap-boleh-berniaga-jual-dokument/329893501010520/
Perjumpaan Syed Saddiq bersama Duta Besar Amerika Syarikat (AS) pada 2021 telah menarik perhatian orang ramai, terutamanya pemerhati politik.
Agak pelik apabila kunjungan hormat Syed Saddiq kepada Duta Besar AS ini berlaku selepas beberapa hari parti MUDA diluluskan.
Mustahil ini hanya sekadar kebetulan, kerana Syed Saddiq tidak teragak-agak menunjukkan kecenderungan politiknya yang berhaluan liberal.
Adakah AS menjadi ‘payung besar’ kepada MUDA?
Atau menggunakan MUDA sebagai saluran untuk sebarang ‘agenda jahat’ negara itu?
Kita sedia maklum, AS adalah licik dan pertemuan bersama Syed Saddiq sememangnya mengundang 1001 tanda tanya dan persoalan yang mencurigakan.
Tak mungkin Syed Saddiq pulang dengan ‘tangan kosong’ selepas pertemuan itu. Keinginan Syed Saddiq dan MUDA dalam membawa agenda liberal boleh dilihat dengan jelas sekali.
Pelantikan peguam-peguam liberal, serta penglibatan golongan anti-Raja Raja Melayu, golongan yang menentang hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.
Aspirasi seperti itu sudah tentu mendapat sokongan oleh golongan rejim Zionis bagi menjayakan agenda mereka untuk menyebarkan dakyah liberal di negara ini.
Pada Mac 2022, aktivis LGBT dan hak asasi manusia, Datuk Ambiga Sreenavasan dilihat menyokong MUDA ketika PRN Johor.
Ambiga juga merupakan Presiden BERSIH yang sering menganjurkan protes bagi membantah sesuatu isu di negara ini.
Namun hakikatnya, BERSIH pernah menerima dana daripada sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh George Soros iaitu Open Society Foundation. Sepatutnya, Syed Saddiq tidak perlu disokong kerana hanya mahu menjayakan agenda liberalnya di negara ini.
Idolanya adalah Tun. Dr Mahathir Mohamad.
Maka tidak hairan apabila dia meneruskan perjuangan liberal Mahathir ketika ini.
Syed Saddiq sepatutnya malu dengan diri sendiri.
Tak usah berbicara soal Palestin, kalau diri sendiri masih menegakkan agenda liberalnya.
Comments
Post a Comment