Mahathir - Seorang Pariah


Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membalas titah zahir Sultan Ibrahim, Sultan Johor untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang cuai dan khilaf dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh dengan alasan yang boleh dikatakan penuh keangkuhan dan tidak hormat. Kata bekas diktator itu, “kalau sebuah negara tidak hormat janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Kita akan menjadi negara pariah.”

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/596108

Apakah orang tua ini sudah nyanyuk? Sejak bila Atok ini memandang serius terhadap menunaikan janji-janji yang kononnya dijamin olehnya? Bertahun-tahun rakyat menderita di bawah pemerintahan kuku besinya, apakah janji-janji yang Tun Dr Mahathir telah tunaikan? Dia sendiri kata bahawa dia telah gagal menaikkan kaum Melayu semasa mengumumkan persaraannya di perhimpunan agung UMNO pada tahun 2002. Pada masa itu, ingat lagi masih ramai yang bersimpati dengannya. Akan tetapi, memandangkan kemelut politik di negara ini semenjak tahun 2018 yang semakin teruk disebabkannya, memang betullah Atok sudah gagal.

Dari detiknya melepaskan jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003, dia telah berkomplot untuk mendapat balik kuasa itu. Masalah baginya adalah negara Malaysia sebuah negara yang demokratik. Jadi bermulalah taktik-taktik kotor untuk memastikan dia terus berkuasa dan berpengaruh. Pertamanya dengan menggulingkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan seterusnya dengan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/22-tahun-saya-gagal-ubah-orang-melayu-tun-m-43735

Kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Razak yang memperjuangkan supaya Pulau Batu Puteh dipulangkan kepada kita, dan mempertahankan kedaulatan negara kita. Sejurusnya kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir masuk, maka terlepaslah peluang kita untuk mendapatkan balik Pulau Batu Puteh walhalnya terdapat bukti baru yang memihak kepada Malaysia.

Siapa sebenarnya yang pariah? Apakah janji ini yang perlu diikuti sehingganya tergadai kedaulatan tanah air? Tun Dr Mahathir perlu jawab bab ini. Mengapakah dia tidak meneruskan semakan semula di Mahkamah Keadilan Antarabangsa? Apakah yang dia janjikan dengan Singapura dan Lee Kuan Yew pada masa itu?

Ini bukan kali pertama Tun Dr Mahathir mungkir janjinya kepada rakyat. Ingat lagi tak Manifesto Pakatan Harapan? Katanya “manifesto bukan kitab suci” tidak lama setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 pada tahun 2018.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/434417

Bukan sahaja itu, sebelum PRU14, Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk bekerjasama untuk memenangi pilihanraya umum dan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Antaranya, Tun Dr Mahathir berjanji untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Anwar setelah dua tahun sebagai Perdana Menteri. Ingat lagi tak peristiwa itu? Tengoklah, adakah Datuk Seri Anwar kini menyandang jawatan Perdana Menteri? Sudah tentu kena kencing dengan Atok!

Katanya akan tunaikan janji serah jawatan kepada Datuk Seri Anwar dalam jadual masa yang ditetapkan, jadi kenapa Langkah Sheraton berlaku? Mengapakah Tan Sri Muhyiddin dinaikkan sebagai Perdana Menteri ke-8, dan seterusnya Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9? Senang jawapannya, Tun Dr Mahathir seorang yang tidak reti menunaikan janjinya.

Sumber: https://www.buletintv3.my/video/politik/tun-m-akan-tunai-janji-serah-jawatan-kepada-anwar-ibrahim

Kita juga jangan lupa kegagalan yang panjang senarainya semasa tempoh pertamanya menjadi Perdana Menteri. Antaranya skandal Perwaja Steel, dimana kerajaan telah rugi hampir RM10 bilion, kerugian Bank Negara di pasaran forex di mana kewangan negara rugi RM30 bilion. Tidak boleh dilupakan juga pelbagai projek infrastruktur yang gagal seperti KL Monorail dan bas Intrakota yang akhirnya bankrap dan terpaksa diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.

Sumber: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/10-projek-mega-mahathir-gagal-kerajaan-bail-out/

Jika kita ikuti kata-kata terkini Tun Dr Mahathir, maka senarai kegagalan diri sendirinya yang panjang sekali melayakkannya untuk dianggap sebagai seorang pariah. Baik Tun Dr Mahathir bertaubat dan mengakui kekhilafannya dalam kegagalannya mempertahankan kedaulatan negara dan berkomplot dengan negara asing untuk menguntungkan dirinya. Sudahlah Tun, negara sudah hancur, rakyat kucar-kacir disebabkan keengganan kamu untuk mengakui bahawa anda gagal.

Comments