Penarikan Balik Kes Pulau Batu Puteh Adalah Pembelotan Terbesar Tun Mahathir


Katanya, Tun Mahathir adalah seorang patriot yang telah bergadai jasa untuk negara. Kita sedia maklum bahawa bualan sedemikian adalah tidak lain hanya suatu propaganda apologis Tun Mahathir.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/837174/pulau-batu-puteh-sudah-hilang-selama-lamanya

Sejak Malaysia capai kemerdekaan, tidak ada satu pun Perdana Menteri yang sanggup menggadaikan maruah dan hak milik negara kepada pihak asing, kecuali Tun Mahathir. Tidak lama sejak Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh, beliau telah dengan semberono membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Keputusan Tun Mahathir bukan sahaja tidak masuk akal, tetapi dibuat tanpa mengikut nasihat undang-undang yang tepat. Sebagai konteks, tuntutan ini dibuat berikutan aplikasi untuk menyemak semula keputusan ICJ yang telah sebelumnya menyebelahi Singapura. Pihak ICJ telah bersetuju bahawa terdapat elemen-elemen baru yang boleh dijadikan hujah tambahan, terutamanya dalam penentuan sempadan South Ledge yang terletak tidak jauh dari Pulau Batu Puteh.

Bahkan, pihak Jabatan Peguam Negara telah pun bersiap sedia untuk bertentang mata dengan pasukan undang-undang Singapura di ICJ, sebelum Tun Mahathir bertindak untuk tidak membatalkan proses ini tanpa sebarang sebab yang munasabah. Tindakan ini diambil hanya beberapa hari sebelum hari bicara di The Hague dan tanpa mengambil kira pandangan Peguam Negara itu sendiri.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/430499

Kesannya, Malaysia terlepas peluang terakhir untuk menuntut hak memandangkan tempoh semakan semula ICJ telahpun berlalu. Ini bermaksud Tun Mahathir dengan memandai-mandai telah memberi kebenaran kepada Singapura untuk meluaskan sempadan maritim mereka.

Bagi mereka yang tidak ambil peduli, secara luarnya memanglah Pulau Batu Puteh hanya kelihatan sebagai satu gugusan batu laut yang tidak punyai apa-apa signifikan. Namun, tujuan Singapura tidaklah hanya untuk semata-mata menggunakan rumah api yang tersedia ada.

Tahukan anda bahawa sejak kemenanya Singapura di ICJ pada tahun 2008, Singapura telah pun menaiktaraf fasiliti di Pulau Batu Puteh dan sekitarnya sebagai sebuah pangkalan patrol polis marin? Dengan adanya teknologi “surveillance” dan pengintipan canggih Singapura dari Israel dan Amerika Syarikat, tidak mustahil untuk kerja-kerja mengintip dilakukan dari Pulau Batu Puteh memandangkan jaraknya hanyalah 12 batu nautika dari Johor.

Bukan itu sahaja, tak akanlah Tun Mahathir tidak tahu bahawa beliau telah secara tidak langsung memberi lampu hijau untuk Singapura terus menambak tanah di persekitaran Pulau Batu Puteh? Strategi membesarkan saiz tanah Singapura telahpun dijalankan dengan agresif sejak dua dekad lalu, dan kita boleh melihat kesannya kepada pembukaan ruang-ruang ekonomi baru seperti di Pulau Sentosa dan Marina Bay. Perkara yang sama boleh berlaku di Pulau Batu Puteh, lebih-lebih lagi dengan adanya gugusan South Ledge dan Middle Rocks yang berhampiran.

Tindakan Tun Mahathir ini amat membahayakan kedudukan geo-strategi negara kita. Lebih perit lagi, penarikan balik kes ini telah secara tidak langsung menutup periuk nasi nelayan-nelayan di Johor memandangkan sebarang kerja-kerja penambakan akan mematikan ekosistem marin di sekitar pantai barat Johor.

Persoalannya, adakah ada perkara yang terselindung daripada pengetahuan rakyat yang mendorong Tun Mahathir untuk berbuat demikian? Siapa tahu jika Tun Mahathir ada membuat percaturan dengan Singapura untuk mengambil untung daripada sebarang peluang ekonomi yang wujud daripada kemutlakan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh dan sekitarnya? Ini telahpun dilakukan dengan rezab minyak dan gas di Malaysia apabila secara terang-terangan, anak-anak Tun Mahathir seperti Mirzan dan Mokhzani dapat menjadi billionaire dalam hanya dua dekad hasil daripada koloborasi perusahaan minyak seperti menerusi SapuraKencana.

Sumber: https://www.thethirdforce.net/petron-mirzan-mokhzani-and-mahathir-the-richest-oil-barons-in-southeast-asia-part-one/

Pangkalnya, Tun Mahathir tidak seharusnya membatalkan proses semakan dan pentafisran penghakiman Pulau Batu Puteh kerana negara ini bukanlah kepunyaan keluarga beliau. Rakyat berhak untuk menuntut semula hak yang sejak beratus tahun terbukti berada di bawah pemerintahan Kesultanan Johor, dan kemudiannya kerajaan Malaysia.

Jika benar Tun Mahathir ada perjanjian belakang dengan Singapura, ini tidak lain merupakan satu pembelotan terbesar rakyat Malaysia kepada negara sendiri.

Comments