Tun Mahathir Buat Hal Lagi

Dalam satu sidang Parlimen yang berlangsung pada 2 November 2021, Tun Mahathir telah dengan sombongnya membuat kenyataan bahawa kedaulatan negara telah diancam apabila 1,370 hektar tanah yang ditambak di Johor telah dijual secara pegangan terus kepada pegangan rakyat asing.

Tanpa sebarang bukti kajian saintifik, Tun Mahathir juga turut menabur fitnah bahawa penambakan tanah di Johor ini telah merosakkan alam sekitar dan mengakibatkan nelayan dan penduduk setempat terjejas mata pencarian.
Sebenarnya, apa yang berlaku adalah Tun Mahathir telah mula panik apabila semakin ramai pemimpin negara dan rakyat jelata yang mempersoal keputusan beliau untuk tidak meneruskan rayuan undang-undang di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) berkenaan isu sempadan maritim Pulau Batu Puteh.

Menerusi kenyataan-kenyataan begini, Tun Mahathir mengharapkan orang ramai akan mula berpaling muka dan memberi lebih perhatian kepada perkara-perkara yang tidak pernah menjadi isu.

Eh, Tun Mahathir, rakyat Malaysia kini bukan seperti pengundi-pengundi tahun 80-an yang tidak dapat membezakan antara yang benar dan palsu!

Sebagai seorang ahli Parlimen, Tun Mahathir tidak seharusnya memecahbelahkan rakyat, lebih-lebih lagi apabila unsur-unsur kenegerian mula ditimbulkan.

Jikalau anda belum lagi sedar, Tun Mahathir tidak serik-serik menjadikan urusan kerajaan negeri Johor sebagai satu “punching bag”, walaupun negeri Johor terus berkembang maju menerusi inisiatif-inisiatif yang diambil. Mungkin Tun Mahathir sudah semakin mudah terlupa – Johor merupakan negeri yang menerima pelaburan asing tertinggi pada tahun 2018.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/02/official-johor-was-malaysias-biggest-recipient-of-foreign-direct-investment/1767411

Nampaknya, Tun Mahathir juga tidak faham keperluan untuk menambak di kawasan-kawasan tertentu. Dengar sini Tun Mahathir – penambakan tanah di Johor dilakukan untuk mengambil kesempatan akan kedudukan strategik Johor di sepanjang Selat Tebrau.

Memandangkan Singapura merupakan antara pusat pelaburan utama dunia, hanya pemimpin mudah lupa seperti Tun Mahathir sahaja yang tidak sedar akan kepentingan membangunkan potensi ekonomi di sepanjang sempadan Johor-Singapura.

Apa yang Tun Mahathir tidak dapat fahamkan adalah nelayan-nelayan yang dikatakan sudah hilang “punca pencarian” sebenarnya telah pun mendapat peluang pekerjaan daripada projek-projek yang dibina di Johor.

Sebagai contohnya, Forest City menganggarkan bahawa sebanyak 200,000 pekerjaan baru akan dapat dicipta di Johor dalam tempoh 30 tahun ini. Bukan itu sahaja, projek-projek ini juga banyak mendapat perhatian pelabur dari luar dan dalam negara – sehinggakan projek di Forest City sahaja telah berjaya mendapat jualan sebanyak RM12 bilion.

Sumber: https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/11/308263/exclusive-forest-city-has-created-lots-jobs

https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/11/308263/exclusive-forest-city-has-created-lots-jobs

Nampaknya Tun Mahathir tidak pernah terfikir jumlah cukai yang dapat dijana kerajaan negeri Johor daripada penjualan tersebut. Mana tidaknya, Tun Mahathir hanya pentingkan projek-projek negara yang boleh menambah jumlah kekayaan anak-anak beliau. Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina – mereka semuanya adalah jutawan!
Tun Mahathir perlu seharusnya merisaukan kesan-kesan jangka panjang daripada pemilikan mutlak Singapura ke atas Pulau Batu Puteh. Dengan adanya sempadan maritim yang semakin meluas, kerajaan Singapura boleh menambak kawasan sekitar Pulau Batu Puteh yang terletak hanya 12 batu nautika dari Johor. Ini telah pun berlaku di Spratly Island, apabila kerajaan China dengan secara agresifnya telah meluaskan kawasan tanah persegi di sekitarnya secara semberono. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku di Pulau Batu Puteh, dan tidak ada orang lain yang wajar dipersalahkan selain daripada Tun Mahathir.

Lebih sedih lagi, ramai dalam kalangan nelayan-nelayan Johor yang telah diusir keluar daripada sempadan berhampiran Pulau Batu Puteh oleh polis marin Singapura. Menurut MP Pasir Gudang, semakin banyak jet pejuang Singapura yang telah menceroboh masuk ruang udara Johor sejak Tun Mahathir menarik balik keputusan untuk merayu di ICJ.

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/10/19/johor-mp-claims-singapore-jets-entering-malaysian-airspace-more-after-pulau/2014473

Oleh itu, tidak perlulah untuk Tun Mahathir berpura-pura menjaga urusan negeri Johor. Pemimpin dan rakyat Johor tahu apa yang terbaik untuk kebaikan negeri tersayang mereka. Rakyat Johor bukan seperti Tun Mahathir yang hanya tahu perasan baik dan menyalahkan orang lain tanpa bermusabah diri bahawa dirinya sendiri merupakan seorang pembelot negara.

Comments