BOHONG MAHATHIR MEROSAKKAN EKONOMI NEGARA DAN KEYAKINAN PELABUR ASING TERHADAP MALAYSIA

Sekali lagi kita nampak Tun Dr Mahathir menunjuk muka dua talam hipokritnya yang telah menyebabkan kemerosotan negara tercinta dari pelbagai segi, sama ada ekonomi, prestij, mahupun hubungan diplomatik. Semasa rejim Pakatan Harapan yang penuh dengan malapetaka, Tun Dr Mahathir telah menaruh nasib ekonomi tanah air atas alasan menyekat pengaruh negara asing, khususnya negara China.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/604671

Kita hanya perlu lihat projek Forest City di Johor yang merupakan projek pembangunan yang membawa pelbagai faedah dan manfaat kepada rakyat Johor yang akhirnya dijadikan bahan propaganda untuk Tun Dr Mahathir dan penyokongnya yang ikut dia secara membuta tanpa mengesahkan fakta-fakta terdahulu. Sememangnya Tun Dr Mahathir telah menipu rakyat dengan propaganda palsunya bahawa Forest City merupakan projek yang hanya memanfaatkan negara China dan retoriknya bahawa Forest City adalah hasil gadaian tanah air kepada kuasa besar di Asia.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/12/30/mahathir-launches-bitter-attack-on-forest-city-project/

Kesemuanya hanya auta yang tidak berasas, sedangkan Forest City adalah projek yang sedang dibangunkan secara mampan dan berterusan. Projek ini sudah pun menyumbang pendapatan sebanyak RM630 juta kepada kerajaan negeri Johor dalam bentuk bayaran cukai, dividen, dan sebagainya. Projek ini juga telah mencipta pekerjaan untuk 1200 rakyat tempatan dan menganugerahkan kontrak kerja bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat kontraktor tempatan.
Maka terbuktinya Tun Dr Mahathir ini seorang pembohong yang telah memburukkan hubungan kita dengan negara China seolah-olahnya untuk memenangi mata politik dengan retorik pembaharuan nasionalisme haluan kanan Melayu yang sudah basi dan tidak berkesan. Bagi orang China, mereka adalah ahli perniagaan yang licik dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah Mahathir. Mereka telah membawa perniagaan dan pelaburan mereka ke negara lain yang jauh lebih mengalu-alukan kedatangan mereka. Ini telah menyebabkan banyak projek digantung dan tidak dapat diteruskan disebabkan retorik Mahathir yang menuding jari terhadap syarikat-syarikat China dengan tuduhan mereka telah menyelewengkan dana kerajaan dan harga nilai projek mega ini akan menyebabkan negara muflis.
Sebaik sahaja China menarik keluar pelaburan mereka, maka terbantutlah perkembangan ekonomi negara kita. Nilai ringgit kena teruk! Dulu, kita sebagai rakyat dapat menikmati perkhidmatan dan produk dari pasaran dunia dengan nilai mata wang ringgit yang stabil dan kuat, malah seimbang dengan aspirasi negara sebagai ekonomi yang pesat membangun. Kita boleh lihat ‘U-turn’ ini berlaku apabila Tun Dr Mahathir telah menerima derma dari pemaju Forest City berjumlah sebanyak RM100 juta bagi Tabung Harapan Malaysia yang sehingga kini tiada perkembangan melainkan dana yang di kumpul itu telah digunakan untuk bayaran faedah pinjaman 1MDB.
Atok bukan sahaja menyinggung perasaan satu kuasa besar Asia, malah dua! Adakah Atok ingat India merupakan negara yang masih berhadapan dengan masalah kestabilan politik dan pergolakan awam? Dengan melindungi pendakwah ekstremis seperti Zakir Naik, Tun Dr Mahathir telah menyebabkan India melaksanakan boikot terhadap minyak sawit hasil Malaysia dan menyebabkan pasaran minyak sawit tempatan banyak merosot akibat hilangnya satu sumber pendapatan yang besar. Dengan senangnya kedua-dua negara ini mempermainkan ekonomi negara dan Tun Dr Mahathir, adakah dia ingat kita masih salah satu Harimau Asia? Itu pun dakwaan yang langsung tidak tepat, memandangkan Malaysia tidak pernah dianggap sebagai Harimau Asia sejak dari tahun 90-an lagi.

Sumber: https://www.reuters.com/article/us-india-malaysia-palmoil-exclusive-idUSKBN1ZC0T6

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/04/01/malaysia-was-never-an-asian-tiger-says-economist/

Siapa sebenarnya yang salah disini? Adakah ia salah Datuk Seri Najib Razak seperti yang sering diuar-uarkan Atok? Atau sebenarnya ia merupakan kegagalan Atok mengawal pasaran ekonomi dan menolak pelabur asing sehingga terganggunya keyakinan para pelabur asing terhadap Malaysia?

Masalahnya sebenarnya adalah Tun Dr Mahathir. Sebagai Perdana Menteri dia telah bertindak dengan anggapan bahawa satu dunia masih berada di zaman 80-an. Agaknya dia sudah pun nyanyuk dan hanya boleh membuat keputusan berasaskan kegemilangan masa silam. Mungkin ia berkesan suatu ketika dahulu, namun jelas kita boleh nampak bahawa pendekatan Atok telah menyebabkan kerosakan ketara terhadap ekonomi negara.

Baik diam saja lah, sekaranglah masanya untuk anda menikmati masa bersama keluarga anda. Cukuplah merosakkan lagi negara tercinta ini.

Comments