Syed Saddiq Budak Suruhan Golongan Elit

Dengan gambar ini maka terbuktilah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ialah seorang hipokrit yang talam dua muka. Baru-baru ini dia telah meraikan hari lahirnya di sebuah restoran Jepun yang sering dilayani mereka yang atas-atas. Tidak mengapa lah jika Syed Saddiq sendiri makan di restoran itu, sudah umum kita tahu kekayaannya yang diraih semasa menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam rejim Pakatan Harapan.

Sumber: https://twitter.com/umno_2021/status/1468033751191994370?s=24

Masalahnya timbul apabila rakyat marhaen nampak gambar seperti di atas. Kawan-kawan Syed Saddiq ini merupakan anak-anak orang kenamaan dalam pelbagai bidang, sama ada politik ataupun perniagaan. Jelas kita lihat Syed Saddiq ini sebenarnya sudah terpesona dengan kemewahan dan kekayaan. Tengoklah kawan-kawan yang meraikan hari lahirnya! Anak Vincent Tan, anak Naza. Siap ada anak Rais Yatim juga!
Cuba kita bandingkan gambar ini dengan gambar yang dimuat naik dekat laman media sosial Syed Saddiq. Sempat makan malam dan sambut hari lahir dekat restoran atas, tetapi bab laksanakan tanggungjawab di kawasan Parlimen Muar nak mintak derma pulak. Kenapa tak mintak dengan kawan-kawan yang kaya-raya kamu itu? Kenapa perlunya mintak dekat rakyat marhaen yang sudah pun mengalami kesukaran dan menghadapi cabaran hidup akibat kesan wabak Covid-19? Syed Saddiq memang tidak berhati perut orangnya.
Sebenarnya, ada kemungkinan besar bahawa ahli-ahli perniagaan sudah menghulurkan bantuan kewangan kepadanya. Terdapat beberapa perkara yang membuktikan bahawa Syed Saddiq telah disuap oleh ahli-ahli perniagaan ini dan kini menyokong mereka dalam apa jua sahaja, samada ia membawa manfaat kepada rakyat atau sebaliknya. Pertama sekali adalah restoran francais Santan miliknya yang dibuka di kawasan atas, iaitu Mont Kiara. Ini merupakan suatu “deal” yang dimeterai bersama pengusaha Air Asia, Tony Fernandes.

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3527187487360252&id=1130669147012110
Nampaknya bayaran francais itu bermula dari RM350 ribu! Banyaknya duit Syed Saddiq! Mustahil beliau dapat mengaut jumlah duit sebanyak itu hanya daripada gaji menteri dan elaun ahli parlimennya selama 22 bulan! Mesti ada pertolongan daripada kawan-kawan kayanya. Tak salah kalau nak menceburi bidang selain politik, yang salahnya mampu membuka restoran tetapi tidak mampu menyalurkan duit untuk membantu warga Muar! Tergamak pulak nak mintak derma dari rakyat yang sebenarnya memerlukan bantuan itu! Hebat betul wayang Syed Saddiq ini.

Sumber: https://themalaysianreserve.com/2020/12/07/airasias-santan-to-open-outlets-in-china-london/

Kebelakangan ini ahli-ahli perniagaan sudah sedar bahawa perlunya mereka mendekati dua-dua belah jurang politik di negara ini kerana zaman kestabilan politik yang ketara dan berpanjangan kini sudah lalu. Selagi mereka dapat terus memperkayakan diri mereka, maka siapa-siapa sahaja mereka sanggup bayar untuk kekalkan cara hidup mereka. Kini kita lihat ahli-ahli perniagaan generasi seterusnya sudah pun mula cuba mempengaruhi ahli politik yang muda seperti Syed Saddiq. Syed Saddiq pula naif dan hanya menumpukan kepada mengaut sebanyak mungkin duit untuk dirinya tanpa memikirkan akibatnya kelak.
Patutlah Syed Saddiq menyuarakan sokongan kepada cadangan Datuk Seri Nazir Razak untuk menubuhkan “Better Malaysia Assembly” yang keahliannya kebanyakan ahli-ahli perniagaan dan golongan elit. Suka atau tidak, kerana Syed Saddiq sudah disuap oleh golongan elit, terpaksalah Syed Saddiq ikuti kehendak mereka! Adakah mereka yang dinamakan dalam “Better Malaysia Assembly” ini benar-benar berjiwa rakyat? Adakah mereka ingat kita, rakyat marhaen, bodoh sehingga boleh ditipu dengan wayang Syed Saddiq? Sesungguhnya mereka semua patut kekal bersara dan diam. Jika mereka serius dengan hasrat membantu rakyat, tidak perlulah menggunakan para politikus seperti Syed Saddiq. Usaha mereka hanya akan menemui kegagalan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/174998/BERITA/Nasional/Syed-Saddiq-sokong-tubuh-Himpunan-Malaysia-Yang-Lebih-Baik

Tambahan pula, siapakah mereka dari golongan elit ini yang memikirkan bahawa mereka boleh mengetepikan institusi demokrasi negara seperti Parlimen untuk “menyelamatkan” Malaysia? Mengapakah Syed Saddiq menyokong idea sebegini? Adakah dia bodoh? Tak tau tempatnya langsung! Wahai Syed Saddiq, anda diberi amanah oleh rakyat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda sebagai WAKIL RAKYAT, bukan wakil golongan elit! Jika anda tidak berminat untuk membela nasib rakyat dan hanya suka merungut pasal duit, baik undur diri pada PRU akan datang dan ceburilah bidang bisnes. Cukuplah jadi budak suruhan golongan elit!.

Comments