Tun Mahathir: “Bapa Pembelot” Negara

Tidak ramai yang dapat mengatasi rekod Tun Mahathir sebagai seorang politikus yang bankrup moral. Malangnya, kebanyakan rakyat mudah terpengaruh dengan helah politik beliau. Beliau berjaya menjejaskan kestabilan BN menerusi kolaborasi bersama PH, hanya untuk kemudiannya menjatuhkan kerajaan PH dari dalam. Pemerintahan 22 bulan Tun Mahathir sebenarnya adalah penipuan politik terbesar dalam sejarah Malaysia.

Sebaik sahaja memegang tampuk kuasa Perdana Menteri bersama PH, beliau telah dengan semberono menyatakan bahawa manifesto bukan merupakan “kitab suci”. Kesannya, Tun Mahathir tidak terikat dengan visi dan agenda pembaharuan yang dijianjikan PH ketika meraih undi. Padahal, manifesto ini jugalah yang menjadi panduan PH itu sendiri dalam percaturan mereka untuk memenangi pilihanraya.
Source: https://www.facebook.com/PASSriGadingP149/photos/betul-la-apa-yang-tun-m-cakap-tu-manifesto-ni-bukan-kitab-suci-kalau-selama-ni-r/1624368204356210/

Apa ertinya untuk rakyat mengundi jika mereka yang diundi tidak dapat menunaikan janji? Malangnya, tindakan Tun Mahathir ini telah memberikan politikus yang lain suatu alasan baru untuk mempermainkan rakyat. Contohnya, Presiden UMNO yang kini berdepan dengan tuduhan korupsi, Datuk Seri Zahid Hamidi, telah mengulangi perbuatan yang sama apabila beliau mengatakan bahawa MoU persefahaman yang ditandatangani pihak kerajaan dan pembangkang juga bukan merupakan “kitab suci”. Ini memberikan peluang kepada mereka yang berkesempatan untuk berterusan bermain politik daripada menyelesaikan permasalahan ekonomi dan Covid-19.

Nampaknya, perbuatan Tun Mahathir kini telah berjaya menjadi ikutan politikus-politikus korup yang beliau sendiri menentang.

Lebih memalukan, Tun Mahathir juga telah mencemar nama Malaysia di persada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Setelah menyatakan bahawa Malaysia akan meratifasikan konvensyen-konvensyen hak asasi manusia yang berbaki ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB, Tun Mahathir kemudiannya berkeputusan untuk tidak meratifasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom. Keputusan ini diambil selepas mengambil kira desakan daripada pelbagai pihak berkenaan risiko ICERD dan Statut Rom yang boleh menjejaskan kedudukan orang Melayu, Islam dan institusi diraja.

Persoalannya, pernahkan Tun Mahathir membuat soal selidik sama ada pengundi terbesar negara ini, iaitu mereka yang berbangsa Melayu, bersetuju untuk ICERD dan Status Rom ini diratifasikan?

Hakikat yang perlu diterima adalah Tun Mahathir tidak pernah ambil peduli pandangan rakyat selepas meraih undi mereka. Jikalau nasihat dan pedoman institusi diraja juga tidak diambil endah, apatah lagi suara marhaen?

Tujuan dan kesan meratifasikan ICERD dan Status Rom juga tidak dijelaskan dengan terperinci, baik menerusi radio, TV ataupun internet. Situasi ini telah menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu, yang jelas dapat dilihat apabila seramai 55,000 orang turun padang untuk menghadiri “Perhimpunan Bantah ICERD” di Dataran Merdeka. Ada juga yang menganggarkan jumlah yang hadir adalah seramai 300,000 orang, iaitu hampir 30 kali ganda jumlah pengundi Tun Mahathir di kerusi Parlimen Langkawi.
Source: https://www.scmp.com/week-asia/opinion/article/2177926/anxieties-about-mahathirs-new-malaysia-go-deeper-race

Untuk buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Tun Mahathir juga merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang telah mengakibatkan negara kita kehilangan hak sempadan antarabangsa. Walaupun Malaysia mempunyai hak untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ) berkenaan persempadanan Pulau Batu Puteh, Tun Mahathir telah berkeputusan untuk tidak membuat rayuan tersebut. Keputusan Tun Mahathir ini dibuat tanpa mengambil kira pandangan pakar undang-undang yang telah membuat kajian dan persediaan awal untuk berhujah di ICJ.
Source: https://mykmu.net/2021/10/22/pulau-batu-puteh-mahathir-tak-jawab-persoalan-sebenar/

Kesannya, Singapura kini mempunyai hak yang mutlak ke atas Pulau Batu Puteh dan persempadanan sekitarnya buat selama-lamanya. Apa sebenarnya motif Tun Mahathir berkeputusan sedemikian adalah tidak jelas sehingga ke hari ini. Yang pasti, Tun Mahathir telah dengan secara tidak langsung meluaskan saiz persegi negara jiran itu.

Sukar untuk kita percayai bahawa hanya dalam tempoh 22 bulan, Tun Mahathir telah berjaya mematahkan harapan pengundi menerusi penipuan, memecahbelahkan parti-parti komponen PH, membawa kepada kejatuhan kerajaan PH, mengakibatkan transisi kerajaan PH kepada pentadbiran “pintu belakang” PN, melepaskan perairan Malaysia kepada negara jiran, dan memalukan nama negara di peringkat PBB dan ICJ.

Itu belum lagi ambil kira kegagalan beliau dalam Parti BERSATU, yang telah diganti dengan sebuah lagi parti yang tidak relevan dengan perkembangan semasa, iaitu Parti PEJUANG.

Mungkin para sejarawan boleh menamakan semula gelaran Tun Mahathir daripada “Bapa Pembangunan” kepada “Bapa Pembelot”.

Comments

  1. Binatang ini sepatutnya mendapat balasan siksa d dunia dan seterusnya dlm kubor. Teramat celaka bagi mereka.....

    ReplyDelete

Post a Comment