Individu Itu Sah Afifi!

Kecoh sejak beberapa minggu lalu, Penasihat Rasmi Sultan Perak iaitu Datuk Dr Afifi al-Akiti didakwa 'berseronok' di kelab malam.

Selepas lama mendiamkan diri, akhirnya Afifi mengambil keputusan berundur dari jawatannya itu.

Perkara itu turut menerima perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2022/05/842019/dr-afifi-undur-diri

Sebelum ini, seorang penceramah, Ustaz Ahmad Husam Badaruddin tampil mengesahkan Afifi merupakan ulama yang tular dalam video berkenaan.

Ujarnya, Afifi berada di dalam kelab malam atas faktor berdakwah.

Jelas Ahmad Husam, Afifi ketika itu berada di luar negara dan masuk ke kelab malam di negara terbabit untuk mengedarkan risalah dakwah.

Persoalannya, mengapa memilih kelab malam sebagai tempat untuk berdakwah? Bukankah ada saluran atau lokasi lebih baik untuk melakukan dakwah?

Tambahan pula, wajar ke seorang ulama yang sedang menjalankan program dakwah diapit oleh dua orang wanita?

Kalau betul berdakwah, mengapa begitu asyik melayan lagu kelab malam sambil membuat gaya bermain dram? Berdakwahkah seperti itu?

Sumber: https://majoriti.com.my/berita/2022/05/04/ulama-tersohor-negara-didakwa-berhibur-di-kelab-malam

https://www.youtube.com/watch?v=9Yai6C50eMc

Afifi merupakan orang kuat Sultan Nazrin, ke mana-mana sahaja mesti dia ada bersama Sultan Nazrin.

Dia individu penting di sebalik permasyhuran dan pertabalan Sultan Perak ke-35. Malahan dia juga tersenarai dalam 500 individu Muslim berpengaruh di dunia.

Malahan, dia juga diberi pelbagai anugerah dan gelaran di Perak seperti Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa kepada pangkat ‘Dato’.

Dia juga adalah ahli Dewan Negara Perak dan juga Orang-Orang Besar Perak yang terlibat secara langsung dalam perlantikan raja pemerintah.

Dia turut digelar Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan dalam senarai Orang-Orang Besar Perak.

Banyak gelaran pun tidak berguna. Sedangkan untuk mendapat pelbagai gelaran tersebut, bukan sebarangan orang boleh memilikinya.

Sewajarnya Afifi sebagai seorang ilmuwan dan disegani ramai, lebih bijak menjaga tingkah lakunya terutama di zaman teknologi ini.

Jika dia tidak bersalah, mengapa mendiamkan diri? Mengapa tidak memberi sebarang penjelasan? Mengapa meletakkan jawatan begitu sahaja?

Malahan, sumber istana Perak turut mendedahkan tentang ketegasan Sultan Perak untuk memperkenan pengunduran Afif, jika didapati bersalah tiada pilih kasih.

Kalau begini senarionya, bagaimana orang ramai mahu mempercayai ulama di negara ini?

Ini baru seorang yang kantoi, belum lagi orang lain. Perkara ini jelas memalukan institusi diraja Perak.

Tambahan pula, Afifi merupakan penasihat agama kepada Sultan Perak, apa sahaja berkaitan soal hal ehwal agama, sudah tentu Afifi menjadi panduan dan rujukan.

Layakkah individu sebegitu menjadi penasihat agama? Mana Sultan Perak mahu meletakkan mukanya selepas ini?
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-afifi-ulama-melayu-pertama-di-oxford-fatwa-jadi-rujukan-dunia-218906

https://bebasnews.my/2022/05/15/sultan-perak-ambil-pendirian-tegas-undurkan-dr-afifi-al-akiti/

Orang ramai turut mempersoalkan tindakan membisu Afifi.

Ada antaranya berkata, Afifi perlu menjadi lelaki sejati dan menjelaskan keadaan sebenar sebelum mengundurkan diri.

Kalau sudah salah, mana mahu mengaku bukan? Harap selepas ini, mereka yang dilantik sebagai penasihat dalam kalangan ulama, ditapis seelok-eloknya, pantau kehidupan peribadi mereka.

Jangan hanya bersandarkan kepada pengalaman dan sijil pendidikan mereka semata-mata.

Comments