Berjayakah Teori Ekonomi Mahathir?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelaburan merupakan perkara yang memperkayakan negara.

Tambahnya, tanpa pelaburan, Malaysia akan menjadi miskin dan tanpa dasar yang menarik, pelabur enggan melabur di negara ini.

Kenyataan itu ada benarnya, tetapi bercanggah dengan apa dilakukan oleh Mahathir sendiri ketika rejim keduanya menjadi Perdana Menteri.

Mari kita imbas semula apa yang berlaku ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara selama 22 bulan ini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/06/19/malaysia-perlu-dasar-pelaburan-berdaya-saing-tinggi-dr-mahathir/

https://www.themalaysianinsight.com/s/387125

Pengeluaran dana asing dari Bursa Malaysia pada 2019 melonjak sebanyak AS$2 bilion.

Itu bermaksud, para pelabur asing tidak percaya dengan kebolehan pentadbiran kerajaan PH ketika itu.

Untuk memberi keyakinan kepada para pelabur, salah satu aspek yang perlu diberi penekanan adalah kestabilan politik negara.

Malangnya, Mahathir menjejaskan kestabilan politik tersebut dengan mengatakan manifesto PH bukanlah kitab suci.

Bukan itu sahaja, beliau juga melemparkan segala kebencian berbentuk peribadi dan perkauman ketika rejim keduanya.

Tambah memburukkan keadaan apabila kerajaan PH secara terang-terangan mendedahkan hutang negara mencecah RM1 trilion.

Disebabkan itu, para pelabur enggan mengambil risiko dengan membuat pelaburan terhadap Malaysia yang ketika itu terumbang-ambing.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/50825/BERITA/Nasional/NGO-kecewa-ucapan-Dr-Mahathir-dalam-Kongres-Maruah-Melayu

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/pelabur-asing-masih-takut-dengan-bursa-malaysia-223264

Mahathir seperti diketahui umum adalah seorang yang lantang. Namun kelantangannya itu memakan diri sendiri sehingga menjejaskan ekonomi negara.

Disebabkan mengkritik dasar yang tidak adil kepada masyarakat Muslim di India, negara itu bertindak memboikot minyak sawit hasil Malaysia dan menyebabkan pasaran minyak sawit tempatan banyak merosot akibat hilangnya satu sumber pendapatan yang besar.

Tambah memburukkan keadaan, Mahathir 'memujuk' musuh India iaitu Pakistan untuk mengeksport minyak sawit Malaysia.

Sejak itu, keluar bermacam teori seperti menyuruh rakyat Malaysia minum satu sudu minyak sawit tiap-tiap hari dengan alasan untuk menstabilkan kembali harga minyak sawit negara.

Siapa yang terkesan? Sudah tentu para peladang atau pengusaha kelapa sawit. Jika pada tahun 2017, harga sawit mampu mencecah sehingga RM600 satu tan namun turun kepada paras RM300 pada 2018 selepas kerajaan PH mengambil alih negara.

Sumber: https://sarawakvoice.com/2018/11/18/harga-sawit-jatuh-tak-pernah-berlaku-ketika-saya-jadi-pm-kata-najib/

https://www.reuters.com/article/us-india-malaysia-palmoil-exclusive-idUSKBN1ZC0T6

https://malaysiadateline.com/minyak-sawit-ugutan-india-dan-pendirian-pas-dalam-kerajaan/

Prestasi saham ketika zaman PH ditakrif sebagai paling lemah di Asia. Mengapa boleh jadi begitu?

Para pelabur juga mementingkan hubungan diplomatik sesebuah negara itu dengan negara lain. Sekiranya hubungan diplomatik negara itu mengalami krisis, maka tidak selamat untuk para pelabur mengambil risiko.

Pada 2018, Mahathir pernah mengadakan pertemuan dua hala dengan China.

Dalam satu sidang media bersama Premier China, Li Keqiang, Mahathir berkata, negara-negara kaya tidak sepatutnya melakukan penjajahan.

Keqiang hanya diam namun jelas dari riak mukanya, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Mahathir.

Selepas itu, Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping namun tiada sebarang sidang media diadakan.

Hanya satu kenyataan media bersama dikeluarkan oleh kedua-dua negara tanpa menyebut sebarang perjanjian baharu atau sebagainya.

Tidak lama selepas itu, Mahathir membuat pengumuman untuk membatalkan projek ECRL yang merupakan salah satu inisiatif 'One Belt, One Road' China serta dua projek saluran paip.

Bukan itu sahaja, Mahathir mendakwa syarikat-syarikat China dipaksa menyerahkan 30 peratus saham mereka kepada Barisan Nasional (BN) namun menarik balik tuduhan tersebut.

Mahathir turut mendakwa Jho Low berada di China, namun sekali lagi, beliau menarik balik kenyataan itu.

Segala kenyataan berkenaan seolah-olah menggambarkan bahawa China terbabit dalam rasuah dan menyembunyikan penjenayah.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/439844

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524191/kerajaan-batal-projek-ecrl

https://www.benarnews.org/malay/berita/my-muhyiddin-jholow-191104-11042019174810.html

https://www.facebook.com/kinitvbm/posts/2107563975922777

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang diadakan oleh Mahathir sebagai pentas untuk mengetengahkan isu berkaitan hal ehwal umat dan negara Islam, sememangnya satu kesilapan daripada pihak Mahathir.

Apakah kesilapan berkenaan? Mahathir secara tidak langsung mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi apabila menjemput ketiga-tiga 'musuh' Riyadh iaitu Qatar, Iran dan Turki.

Qatar mempunyai krisis diplomasi dengan Arab Saudi sejak 2017.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga tidak disukai oleh Arab Saudi kerana lantang mengkritik pembunuhan Jamal Khashoggi.

Iran dan Arab Saudi sememangnya diketahui mempunyai krisis hubungan diplomasi sejak sekian lama.

Objektif pertemuan untuk membincangkan masalah berhubung umat Islam sudah bertukar kepada masalah hubungan diplomasi.

Sidang kemuncak itu hanya menambahkan kemarahan Arab Saudi yang sebelum itu tidak gembira dengan keputusan Malaysia menghentikan pakatan ketenteraan terhadap Yemen dan menutup King Salman Centre for International Peace (KSCIP) selepas hanya 13 bulan dirasmikan di Kuala Lumpur.

Malahan, wujud khabar bahawa Arab Saudi mahu mengurangkan kuota jemaah haji susulan penganjuran sidang kemuncak terbabit.

Sumber: https://news.detik.com/internasional/d-4155705/malaysia-tutup-pusat-antiterorisme-yang-didanai-arab-saudi

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/12/18/saudis-unhappy-as-dr-m-hosts-summit-attended-by-trio-of-enemies/

Faktor lain yang menyebabkan pelaburan Malaysia lemah ketika rejim kedua Mahathir adalah tindakannya membatalkan dan melambatkan segala projek infrastruktur awam.

Antara projek yang 'terkena tempias' adalah projek saluran petroleum, LRT3, HSR, MRT2, MRT3, RTS, ECRL, Melaka Gateway, dan Pan Borneo Highway.

Bayangkan berapa banyak pelaburan yang boleh dibawa masuk ke Malaysia sekiranya projek itu tidak dibatalkan atau ditangguhkan?

Belum lagi mengambil kira, jumlah kehadiran pelancong asing yang secara langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara?

Perkara itu turut diakui oleh beberapa pihak yang menyatakan projek-projek itu akan memberi impak positif kepada negara.

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/index.php/ekonomi/31474-projek-hsr-beri-impak-positif-kepada-ekonomi-negeri-sembilan

https://malaysiagazette.com/2022/02/15/betapa-pesatnya-johor-jika-projek-hsr-jadi-kenyataan/

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/01/907650/projek-mrt-lrt-pemangkin-pertumbuhan-pasca-pandemik

https://www.malaysiakini.com/news/625252

Semasa rejim pertama Mahathir sebagai PM, beliau banyak memberi tumpuan kepada projek-projek mega.

Beliau mahu dunia kagum dengan projek mega yang dibina oleh Malaysia. Apa saja binaan yang terbesar, terpanjang, tertinggi, terhebat, mesti berada di Malaysia.

Mahathir percaya dengan pembinaan projek-projek ini kononnya akan merancakkan kegiatan ekonomi Malaysia.

Semua agensi kerajaan yang ada kalau boleh hendak diswastakannya.

Pada fikiran beliau, bila diswastakan, agensi-agensi kerajaan itu akan menjadi lebih cekap dan lebih berdaya saing.

Dakwanya, lebih banyak keuntungan akan diperolehi jika diswastakan, ini akan dapat memberi banyak keuntungan kepada pelabur, seterusnya dapat menarik lebih ramai pelabur asing dan domestik.

Itulah teori ekonomi Mahathir yang sebenarnya.

Comments