Na'im Hanya Mahu Populariti


Pengarah Komunikasi Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Na’im Brundage mendakwa kerajaan membuat keputusan yang salah tentang rundingan semula kadari air mentah ke Singapura.

Dia tiba-tiba mempersoalkan tentang mengapa kerajaan harus terus memberikan subsidi kepada Singapura.

Bukankah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir telah memberi jawapan jelas kepada persoalan itu?

Kos merawat sendiri air mentah adalah lebih tinggi iaitu RM1.80 untuk setiap meter padu.

Namun, harga air terawat dibeli pada kadar 50 sen untuk setiap 1,000 gelen.

Kerajaan juga membeli sehingga 16 juta gelen sehari (MGD) berbanding lima juta gelen sehari yang dinyatakan dalam perjanjian sebelum ini.

Justeru, Na’im hanya cuba membangkitkan isu yang kurang relevan dan sia-sia sahaja.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331563/kos-rawat-air-mentah-lebih-tinggi-berbanding-beli-dari-singapura


Na’im sebelum ini mempertikaikan tentang keputusan Kementerian Pendidikan untuk meneruskan ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun negara ketika ini berdepan musibah banjir.

Dia juga dakwa orang yang sama membuat tindakan itu adalah individu sama memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Adakah Na’im lupa siapakah yang sebenarnya memansuhkan UPSR dan PT3?

Bukankah Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin yang memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu?

Kalau hendak menghentam ahli politik parti lain sekali pun, janganlah buat-buat lupa tentang siapakah sebenarnya yang membuat keputusan itu?

'Seronok' sangat mengecam pihak lain, sampai lupa sejarah negara sendiri.

SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162221/mansuh-peperiksaan-upsr-pt3-bukan-saya-tetapi-putrajaya-radzi-jidin


Na’im turut mengecam tentang penyasaran subsidi diesel sambil mendakwa kerajaan belum menyelesaikan pelaksanaan insentif itu sepenuhnya.

Dia mendakwa sepatutnya 80 peratus pengguna kenderaan diesel sudah menerima manfaat tapi jumlah itu tidak dicapai.

Mengikut statistik yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, lebih 140,000 penerima Budi Individu dan 65,000 penerima Budi Agri-Komoditi telah diluluskan dalam tempoh 5 bulan pelaksanaan sejak Jun dengan jumlah bayaran sebanyak RM160juta sehingga 31 Oktober tahun ini.

Kalau Na’im masih nak memekak tentang sama ada pengguna diesel terjejas teruk dengan penyasaran subsidi, kerajaan telah menurunkan harga diesel tanpa subsidi sebanyak 40 sen seliter.

Justeru, harga apungan semasa diesel kini adalah pada kadar RM2.95 seliter.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/699937/berita/nasional/kerajaan-jimat-rm600-juta-sebulan-menerusi-penyasaran-subsidi-diesel


Na’im juga mempertikaikan tentang larangan penjualan rokok serta vape secara dalam talian dan mesin layan diri, larangan penjualan dalam kawasan institusi pendidikan dan pendidikan tinggi serta dalam jarak 40 meter.

Dia mempersoalkan tentang nasib para peniaga di lokasi lingkungan 40 meter itu.

Sekarang ini, nasib peniaga atau kesihatan golongan perokok dalam kalangan murid dan pelajar yang patut menjadi keutamaan Na'im?

Larangan itu adalah perlu bagi membendung penjualan rokok atau vape secara mudah kepada murid atau pelajar.

Malah, sudah wujud banyak vape berbentuk alat tulis yang dijual kepada umum di negara ini.

Selain itu, kira-kira 3,000 hingga 5,000 pelajar seluruh negara termasuk kolej dan institut pengajian tinggi mengaku mengambil vape.

Adakah angka itu tidak membimbangkan bagi Na'im?

Rokok bukan satu-satunya sumber pendapatan para peniaga yang menjual produk itu. Mereka kebanyakannya menjual barangan lain.

Maka, tidak timbul isu para peniaga terjejas apabila dilarang menjual dalam jarak 40 meter daripada institusi pendidikan.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/689780/berita/semasa/vape-berbentuk-alat-tulis-cake-bimbang-tarik-minat-pelajar

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/07/12/mall-halts-vape-vending-machine-operations-following-health-ministry-intervention/


Na’im kerap kali membangkitkan isu yang tidak sepatutnya dibahaskan.

Malas, ulasannya tentang sesuatu isu sering menjadi kecaman netizen. Kalau tidak pandai membangkang sesuatu isu, tak usah masuk politik.

Kalau hendak hentam pihak lain, semak fakta terlebih dahulu.

Faham mahu popular di media sosial, tapi jangan menampakkan diri itu terlalu benak.

Comments