Siapa Yang Kamu Cuba Tipu, Mahathir?

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa anaknya tidak bergelar jutawan dan meminta mengemukakan bukti.

Malah, Mahathir berkata anak-anaknya tidak dibenar berniaga dengan kerajaan atau menyertai parti kerajaan.

Kalau Mahathir mahukan bukti, banyak sahaja boleh diberikan.

Kekayaan anak-anaknya bukan lagi satu rahsia, malahan sudah diketahui umum.

Mengapa perlu berdolak-dalih tentang kekayaan anak-anaknya? Apa yang anda cuba sorokkan, Mahathir?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/983808/tarik-semula-tuntutan-batu-puteh-ini-penjelasan-tun-m

Kita fahamlah Mahathir semakin berusia, usia hampir cecah 100 tahun. Mungkin beliau semakin lupa.

Tak apa, untuk mengingatkan Mahathir kembali, kita bentanglah bukti.

Bukankah semasa Mahathir menjadi PM, anak-anaknya merupakan pemilik terbesar atau pemegang saham yang besar dalam pelbagai syarikat di Bursa Malaysia?

Sebut sahaja, Tongkah, MRCB, Kumpulan Hospital Pantai, Opcom, Dataprep, Pelikan dan banyak lagi. Nak sebut sampai esok pun tak akan habis.

Bolehlah rujuk bukti yang disediakan di bawah kalau-kalau Mahathir masih berkeras, tidak ingat anak-anaknya berniaga dengan kerajaan.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/08/03/prove-my-children-became-millionaires-while-i-was-pm-dr-m-tells-apandi/

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/07/586664/mukhriz-jual-72600-saham-dalam-opcom

Kelakarnya tentang kenyataan Mahathir, bagaimana anak-anaknya tidak menjadi jutawan sedangkan sebenarnya anak-anaknya sudah bergelar hartawan?

Lebih tinggi pangkatnya daripada jutawan.

Bayangkan Mahathir dan anak-anaknya sahaja memiliki 488 syarikat dengan kekayaan sebanyak AS$44 bilion.

Kekayaan anak-anaknya sahaja sudah melangkaui nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 120 buah negara di dunia.

Bukan calang-calang ya nilai kekayaan keluarga Mahathir.

Sumber: : https://www.malaysiakini.com/news/423414

Pernah menjadi sensasi media apabila sebuah NGO mendakwa bahawa Mokhzani dan Mirzan Mahathir kedua-dua memiliki kereta mewah berjumlah RM36.2 juta.

Siap ada bukti nombor pendaftaran kenderaan dan model kereta pula.

Gila! Nilai kesemua kereta mewah keluarga Mahathir ini boleh digunakan untuk membiayai kos pembangunan negara. Ingat, ini hanya melibatkan koleksi kereta mewah, belum lagi ambil kira kediaman, kapal layar, bangunan, dan aset-aset lain lagi.

Mokhzani sendiri pernah memegang hak pengedaran kereta jenama Porsche untuk seluruh Malaysia.

Patutlah dia mampu memiliki dereta kereta mewah. Antaranya kereta Porsche Carrera GT yang bernombor pendaftaran ‘MM4’.

Turut dimiliki Mokhzani, sebuah McLaren P1. Antara kereta yang paling laju dicipta dan bernilai sekurang-kurangnya RM2.6 juta. Model ini hanya ada 375 unit di seluruh dunia!

Sumber: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/07/14/how-did-your-sons-afford-rm36.2m-collection-of-supercars-malay-group-asks-d/933321

Mukhriz pula didakwa memindahkan wang berjumlah RM13 juta ke akaun bank di Kanada ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah sebelum ini.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Kedah ketika ini, Muhammad Sanusi dan bukti tentang pemindahan wang itu masih disimpan.

Meskipun Mukhriz menafikan perkara itu, namun pepatah menyebut, 'kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang'.

Jumlah RM13 juta mungkin hanya nilai yang kecil bagi Mukhriz, namun wang tersebut jika disalurkan untuk rakyat Kedah, banyak perkara yang boleh dibuat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/867009/rm13-juta-wang-mbi-kedah-dipindahkan-ke-kanada

Pada 1994, Sarawak memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanjung Tiara Sdn Bhd. Ironinya, Mukhriz adalah pemegang saham tetapi juga merupakan pengerusi kepada syarikat ini.

Perdana Menteri pada ketika itu adalah Mahathir.

Pada tahun 2018, apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Malaysia, Mukhriz telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Sekali lagi keluarga ini mendapat kesempatan untuk meraih lebih kekayaan menerusi pelbagai skim dan cara.

Sumber: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/

Selepas bukti-bukti diberikan, adakah Mahathir masih lupa lagi? Kalau nak bentang semua bukti, panjang senarainya.

Takut Mahathir beri alasan lain pula. Tak usahlah nak menyorokkan sesuatu yang rakyat sudah sedia maklum.

Makin lama, makin meluat dengan kenyataan dikeluarkan oleh Mahathir.

Kalau anda dan keluarga tidak tamak, sepatutnya ketika ini, anda tidak lagi sibuk mengejar jawatan.

Sudah terang lagi bersuluh. Mahathir sebenarnya masih rakus membolot kekayaan di Malaysia.

Beliau tidak peduli apa jadi pada rakyat, sebaliknya memikirkan poket sendiri untuk dipenuhi.

Comments