Syed Saddiq Ejen Dunia Barat Untuk Campur Tangan Dalam Politik Negara

Perjumpaan Syed Saddiq bersama Duta Besar Amerika Syarikat pada akhir tahun lalu telah menarik perhatian orang ramai, terutamanya pemerhati politik. Agak aneh apabila kunjungan hormat Syed Saddiq kepada Duta Besar AS ini berlaku selepas beberapa hari parti gagasannya, MUDA diberi kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). Mustahil ini hanya sekadar kebetulan, sedangkan Syed Saddiq tidak teragak-agak menunjukkan kecenderungan politiknya yang berhaluan liberal.

Adakah Amerika Syarikat menjadi ‘payung besar’ kepada MUDA? Atau menggunakan MUDA sebagai saluran untuk sebarang ‘agenda jahat’ negara itu? Ditambah situasi MUDA yang terdesak mahu membina ‘empayar’ sendiri dalam dunia politik negara.

Kita sedia maklum, Amerika Syarikat adalah licik dan pertemuan bersama Syed Saddiq sememangnya mengundang 1001 tanda tanya dan persoalan yang mencurigakan. Tak mungkin Syed Saddiq pulang dengan ‘tangan kosong’ selepas pertemuan itu.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/04/28/masalah-parti-muda-adalah-syed-saddiq/

Bagi puak-puak penyokong Syed Saddiq yang liberal, ini menunjukkan pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap agenda Syed Saddiq dan Parti MUDA. Perlu rakyat faham bahawa ini sangat berbahaya untuk negara kita kerana Syed Saddiq berkemungkinan menjadi ejen mereka untuk mengancam ketenteraman dan keamanan di negara kita. Ramai yang sudah biasa dengan tatacara dan dasar luar Amerika Syarikat yang sering menceroboh negara lain atas nama menyebarkan demokrasi dan membebaskan negara itu daripada rejim pemerintahan yang zalim.
Namun begitu, ini semua hanya khayalan kerana jika kita lihat situasi di Timur Tengah, setiap negara di mana AS telah campur tangan dalam hal-ehwal negara berkenaan, kerajaan yang stabil telah jatuh dan negara itu menjadi kucar-kacir serta ada juga yang menghadapi perang saudara. Lihatlah Afghanistan, Iraq, Syria dan Lubnan. Adakah negara-negara ini telah “dibebaskan” oleh Amerika Syarikat atau sebaliknya? Agak bahaya juga apabila ahli politik muda seperti Syed Saddiq boleh terpengaruh dengan ajaran politik yang sesat.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/08/06/republican-linked-us-think-tank-tells-of-long-ties-with-opposition-to-bring-down-bn/

Adakah Syed Saddiq dalam bukunya “Agent of Change” sebenarnya bermaksud bahawa dia seorang ejen yang disanjung oleh Amerika Syarikat untuk membawa pertukaran rejim melalui cara-cara yang kurang jelas dan secara rahsia? Dahlah pada masa itu dia buat sesi bergambar ala-ala James Bond! Sangat sukar untuk menafikan bahawa adanya kebenaran terhadap khabar angin bahawa Syed Saddiq adalah seorang ejen penghasut Amerika Syarikat. Jelas sekali Amerika Syarikat telah bertahun-tahun menaja aktiviti-aktiviti politik pihak pembangkang, khususnya melalui NGO yang bernama International Republican Institute (IRI). Republican tu tau tak apa maksudnya? Maksudnya sebuah negara yang tidak menghormati sistem raja berperlembagaan!

Sangat menakutkan untuk membayangkan bahawa ada saja ahli politik yang selalu menyembah takzim kepada Raja-Raja Melayu secara terbuka, namun secara peribadi mengidamkan Malaysia sebagai sebuah republik. Adakah ini sistem kerajaan yang sesuai atau selaras dengan budaya dan sejarah negara tercinta ini? Mungkin bagi Syed Saddiq, kerana dia hanya gilakan kuasa untuk dirinya dengan harapan untuk menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.
Jangan kita lalai dengan campur tangan AS terhadap politik negara. Kita perlu memastikan pengkhianat seperti Syed Saddiq tidak akan berjaya dalam agenda mereka untuk menyebarkan “demokrasi”. Suatu “demokrasi” yang langsung bukan seperti yang kita faham, malah berpotensi menjadikan negara ini diperintah oleh diktator yang zalim. Kita juga perlu tahu, apabila AS masuk campur di negara ini, Malaysia tidak mungkin akan aman lagi. Apakah kita sanggup menggadaikan keamanan dan kedaulatan negara ini di tangan Syed Saddiq? Tidak mungkin!

Sumber: https://pakdin.my/did-all-ten-rulers-really-scold-najib-regarding-1mdb/

Dulu, Tun Dr Mahathir pernah cuba, dan dia telah gagal untuk melemahkan pengaruh institusi diraja terhadap budaya dan adat negara kita. Sekarang datang pulak Syed Saddiq untuk meneruskan motif tersembunyi ini untuk menjadikan Malaysia sebuah republik. Walaupun mendapat dorongan oleh puak liberal dan juga Amerika Syarikat, Syed Saddiq tetap akan gagal. Kegagalannya akan datang daripada tidak mendengar nadi rakyat, dan membuat keputusan yang mengancam segala asas negara kita. Rakyat akan bangkit untuk menolak retorik Syed Saddiq.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=yU_pe9_wkOA&ab_channel=UtusanMalaysia

Jangan kita percaya Syed Saddiq. Sudah banyak kali rakyat memberinya peluang untuk pulang ke pangkal jalan dan insaf. Sudah pun dia menikmati rasa kuasa sebagai menteri rejim Pakatan Harapan. Sudah pun partinya dibenarkan untuk ditubuhkan. Berapa banyak lagi peluang ingin kita beri kepada Syed Saddiq? Sampai menang sorak tetapi tergadai kampung? Cukuplah, ini semua kena berhenti.

Sila undur, puak-puak liberal dan Syed Saddiq. Negara ini tidak sesuai dengan ajaran sesat dan politik bertoksik korang.

Comments