Cermin Diri Sendiri, Syed Saddiq!

Selesai penamaan calon PRU-15 bagi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan 'laungan' semangat untuk pengundi Muar.

Katanya, dia tidak akan berundur selagi Malaysia belum bersih daripada politik wang.

Tambahnya lagi, dia tidak akan berundur selagi Malaysia belum membuang kleptokrat yang mencuri duit rakyat.

Poin yang bagus daripada Syed Saddiq. Malangnya, kedua-dua poin itu bersangkut paut pula dengan dirinya sendiri.

Macam mana itu, Syed Saddiq? Naratif kelihatan ke arah positif tetapi malangnya, kata-kata dan perbuatan anda tidak membuktikan apa-apa.

Kita akan ulas satu-satu poin yang dibangkitkan oleh Syed Saddiq.

Sumber: https://www.facebook.com/partimuda/posts/pfbid027ANxSKVXgLFZK1yPwiM4djCRDSXeGGr8kX6c6jnu7CEz83WCa94TMGvzCTcHDQwcl

Syed Saddiq membangkitkan dia tidak akan berundur selagi Malaysia belum bersih daripada politik wang.

Macai Syed Saddiq mungkin bersorak membaca kata-kata ini namun semua sedia maklum, dia sendiri adalah kluster mahkamah.

Berdepan empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta diminta membela diri. Apakah itu tidak cukup untuk mengaitkan Syed Saddiq dengan politik wang?

Syed Saddiq masih muka tebal untuk bertanding di Muar, walhal dia mempunyai kes mahkamah yang masih belum selesai.

Syed Saddiq sendiri terbabit dalam politik wang. Bagaimana dia hendak menentang politik wang, jika dia sendiri terpalit dengan skandal politik wang?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1017507/pecah-amanah-rm1j-syed-saddiq-diarah-bela-diri

Poin kedua adalah dia tidak akan berundur selagi Malaysia belum membuang kleptokrat yang mencuri duit rakyat.

Kalau nak disebut tentang kleptokrat di negara ini, baik Syed Saddiq buang mentornya dahulu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathirlah bapa segala kleptokrasi di Malaysia. Segala projek, segala tender, segala apa yang ada di negara ini, diserahkan kepada kroninya sahaja.

Tapi sudah tentu Syed Saddiq tidak akan 'membuang' Mahathir. Dia begitu 'sayangkan' Mahathir.

Apa sahaja benda tidak betul yang dilakukan oleh Mahathir, dia hanya membisu.

Gaya Syed Saddiq seperti hero di media sosial, hakikatnya dia hanya jaguh kampung yang masih 'melutut' depan Mahathir.

Sumber: https://suara.tv/09/06/2020/mahathir-kleptokrat-terbesar-dalam-sejarah/

Kalau Syed Saddiq sedar diri, tariklah diri daripada bertanding.

Kalau bertanding pun, kebanyakan rakyat Muar sudah tidak percaya pada Syed Saddiq.

Banyak 'kencing' orang Muar. Janji-janji lama pun tidak ditepati.

Bina rumah dan mencipta peluang pekerjaan di Muar adalah antara janji Syed Saddiq yang masih gagal dilaksanakan sehingga hari ini.

Apakah cukup dengan hanya memberi bantuan komputer riba kepada penduduk Muar? Bagaimana dengan golongan lain? Mereka yang memerlukan bantuan barangan asas? Tak akan mereka mahu makan komputer riba untuk meneruskan hidup?

Sumber: https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/

https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/1665971376815215/

https://www.malaysianow.com/my/news/2022/03/10/mengapa-muda-tidak-bertanding-dalam-parlimen-muar-pada-prn-johor

Syed Saddiq bercakap umpama tidak melihat cermin dan memandang diri sendiri.

Buktikan dahulu anda tidak terbabit dalam kes pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Berani sungguh Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dia ingat pengundi Muar akan tertipu dengan kenyataan sebegitu? Silap besarlah, Syed Saddiq.

Apakah dia sudah hilang rasa malu pada diri sendiri? Sepatutnya, Syed Saddiq perlu berjiwa besar dan tidak bertanding di Muar.

Beri sahaja jawatan ahli Parlimen Muar kepada mereka yang lebih bersih dan layak.

Comments