Syed Saddiq Dan DAP Bersekongkol Kembali?

Ahli politik veteran DAP, Datuk Teng Chang Kim baru-baru ini cuba bermain naratif berbentuk hasutan.

Dia mengatakan nama Tanah Melayu telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya dalam satu hantaran di media sosial, nama Tanah Melayu berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan.

Tidak tahu apa motif Chang Kim melemparkan naratif sedemikian.

Adakah sengaja mahu mencetuskan perbalahan dengan pihak-pihak tertentu?

SUMBER: https://x.com/mynewshub/status/2082039743450403207?s=48

Naratif sama pernah dicetuskan oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 2018.

Ketika itu, dia mendakwa zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia perlu bergerak ke fasa baharu.

Syed Saddiq mendakwa perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan oleh partinya ketika itu.

Bagaimana seorang ahli politik berbangsa Melayu tergamak mencadangkan pemansuhan kedudukan istimewa orang Melayu?

Sepatutnya Syed Saddiq membela bangsanya sendiri tapi kenyataan itu telah merosakkan imejnya sebagai ahli politik berbangsa Melayu.

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2018/10/video-ketuanan-melayu-berakhir-syed-saddiq/

Syed Saddiq juga dikatakan bersekongkol menyokong ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 2018.

Disebabkan itu, Syed Saddiq cuba mencetuskan sentimen yang menimbulkan kemarahan orang awam dengan mendakwa ketuanan Melayu sebagai satu 'mimpi palsu'.

Malahan, Syed Saddiq dikatakan berkongsi hasrat dengan DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura.

Syed Saddiq juga cuba berpura-pura dengan mengatakan akan menolak ICERD sekiranya melemahkan atau menghakis fungsi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Syed Saddiq sebenarnya hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi Melayu di kawasannya dengan menggunakan kes tersebut.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/06/icerd-siti-kasim-hentam-pendirian-syed-saddiq 

Syed Saddiq sememangnya tidak pernah suka memperjuangkan kaum Melayu.

Pada 2022, Syed Saddiq membantah langkah Malaysia mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua rasmi ASEAN.

Syed Saddiq mendakwa penguasaan Bahasa Inggeris patut diperkasakan sebagai bahasa perdagangan dan jual beli.

Dia cuba mencipta polemik dan menyalahtafsir usaha kerajaan memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Jika pemimpin luar seperti Korea Selatan mampu berucap dalam bahasa ibunda mereka pada Perhimpunan Agung PBB, Malaysia juga tiada salah berbuat demikian.

SUMBER: https://mykmu.net/2022/03/30/syed-saddiq-cuba-timbulkan-polemik-isu-bahasa-melayu-ikmal/

Syed Saddiq dan DAP mempunyai rancangan jahat untuk menjatuhkan kaum Melayu

Syed Saddiq patut berasa malu dengan diri sendiri kerana tidak mempertahankan bangsanya sendiri.

Kalau bukan pemimpin Melayu mempertahankan bangsanya, siapa lagi patut kaum Melayu harapkan?

Sebab itu sehingga kini, ramai orang Melayu tidak menyukai Syed Saddiq.

Terlalu banyak drama dan bersikap hipokrit.

Comments