Syed Saddiq Tak Wajar Jadi Ahli Kabinet

Rakyat Malaysia sudah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Kebanyakan pengundi mahukan kerajaan yang lebih stabil dan bersih. Bersih bermaksud tiada menteri yang terlibat dalam sebarang kes mahkamah.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara mereka yang terpalit dengan kes mahkamah dan diarahkan membela diri.

Sepatutnya, Syed Saddiq tidak boleh disenaraikan dalam sebarang jawatan Kabinet sehingga kesnya selesai.

Rakyat sudah pastinya akan mempertikaikan kewajaran kerajaan baharu meletakkan Syed Saddiq sebagai anggota Kabinet kerana pengundi mahukan sesuatu perubahan yang lebih positif berbanding sebelum ini.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-diarah-bela-diri-empat-pertuduhan-berkaitan-dana-rm112-juta-388203

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memerintahkan Syed Saddiq membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 hingga 24 Februari serta 13 dan 14 Mac dan 10 hingga 14 April tahun hadapan.

Sekiranya Syed Saddiq didapati bersalah, berkemungkinan besar kerusi Parlimen Muar akan dikosongkan.

Maka, kerajaan baharu tidak boleh mengambil risiko besar untuk memberikan jawatan anggota Kabinet kerana hanya akan memberi impak buruk kepada tadbir urus negara.

Kerajaan terpaksa mencari pengganti dan situasi itu hanya akan membuang masa untuk melantik orang baharu menggantikan Syed Saddiq.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/10/28/syed-saddiq-selamat-datang-ke-kluster-mahkamah-puad/

Jika melihat kepada senarai calon PRU yang menang tempoh hari, bukan Syed Saddiq seorang sahaja yang tergolong dalam kalangan pemimpin muda.

Sekiranya rakyat mahu melantik generasi pemimpin muda dalam Kabinet, lebih ramai yang layak berbanding Syed Saddiq.

Ambil contoh seperti Adam Adli, Young Shefura Othman dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Syed Saddiq sewajarnya mengambil 'tempoh bertenang' atau fokus kepada penduduk di Parlimen Muar berbanding memegang sebarang portfolio dalam kerajaan baharu.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/syed-saddiq-zahid-boleh-tanding-tapi-buruk-dari-segi-moral-laporan/

Menyebut soal Muar, Syed Saddiq diberi peluang sekali lagi dan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau.

Masih banyak soal pembangunan di Muar perlu diambil perhatian oleh Syed Saddiq.

Isu perumahan yang dijanjikan serta peluang pekerjaan oleh Syed Saddiq di Muar sejak 2018, perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Syed Saddiq tidak perlu terlalu gopoh mengejar jawatan dalam kerajaan dan kebajikan penduduk Muar harus diutamakan.

Beliau tidak boleh menggunakan lagi alasan hanya mendapat mandat dalam tempoh singkat kali ini.

Rakyat sudah memilih, Syed Saddiq perlu membuktikan terlebih dahulu di Muar.

Sumber: https://twitter.com/syedsaddiq/status/991640225259520001?lang=en

Mengambil kira suara rakyat, Syed Saddiq perlu mengambil langkah sendiri untuk menolak mana-mana jawatan yang diberikan oleh kerajaan baharu.

Syed Saddiq perlu sedar bahawa kluster mahkamah bukan sesuatu yang dipandang baik oleh rakyat kini.

Rakyat mahukan kerajaan baharu yang lebih bersih dan bersikap telus.

Jika Syed Saddiq melanggar 'hukum' ini, maka Syed Saddiq tiada bezanya.

Hanya mementingkan agenda peribadi berbanding memikirkan soal kehendak rakyat.

Comments