MUDA Pencetus Provokasi Orang Melayu

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan polis yang mengarahkan dua individu bagi merakam keterangan mereka berhubung insiden provoksi ketika ceramah parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Oktober tahun lalu.

Dua individu yang dipanggil bagi membantu siasatan adalah bekas ketua komunikasi Syed Saddiq, Farhan Iqbal dan pembantu Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman iaitu Noor Suhana Ishak.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah memfitnah, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum sehingga satu- penjara setahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MUDA sebelum itu mendakwa ahli UMNO mencetuskan provokasi berkenaan namun dinafikan oleh UMNO.

Susulan dakwaan itu, UMNO menuntut Syed Saddiq meminta maaf.

Timbul persoalan, mengapa Syed Saddiq terus menuding jari kepada UMNO tanpa sebarang bukti?

Apakah kerana kebencian terhadap UMNO sehingga Syed Saddiq meletakkan kesalahan kepada UMNO?

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/18/minta-maaf-segera-dengan-ahli-umno-mb-johor-desak-syed-saddiq/

Syed Saddiq perlu berfikir sejenak tentang kesalahannya terhadap orang-orang Melayu.

Banyak kali Syed Saddiq cuba menjentik sentimen kemarahan orang Melayu.

Antara kenyataan kontroversi yang dibuat adalah berhubung Ketuanan Melayu.

Syed Saddiq seolah-olah mahu menjejaskan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Syed Saddiq tidak pernah menghiraukan perih jerih setiap pengorbanan nenek moyang kita dahulu dalam menuntut dan memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Jangan terlalu taksub dengan agenda politik peribadi sehingga melupakan sejarah serta asal usul negara sendiri.

Sumber: https://www.malaysia-today.net/2018/10/27/syed-saddiq-pakatan-will-abolish-ketuanan-melayu-and-replace-it-with-shared-prosperity/

Pengasas bersama MUDA, Lim Wei Jiet tahun lalu pernah mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah disalah guna dan perlu dijauhi.

Wei Jiet mendakwa DEB membolehkan projek dan kuota diberikan semata-mata atas warna kulit seseorang, terutamanya untuk golongan berada.

DEB telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Razak Hussein untuk memberi keseimbangan semula struktur sosioekonomi Malaysia pasca-1969.

DEB yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk Melayu dan Bumiputera sepanjang 50 tahun polisi ini diperkenalkan.

Kenyataan ini sudah semestinya tidak bertanggungjawab dan hanya merupakan satu pendekatan politik liberalisme yang bahaya untuk negara kita.

Persoalannya, sama rata untuk siapa? Sudah tentunya untuk mereka yang mempunyai kedudukan ekonomi yang paling kukuh.

Siapa mereka? Anda boleh nilaikan sendiri menerusi statistik.

Menurut statistik tahun 2021, masyarakat Melayu terdiri daripada 58.4% penduduk Malaysia yang berstatus miskin tegar, berbanding dengan 4.5% masyarakat India, dan 2.9% masyarakat Cina.

Ini bermaksud, pelaksanaan DEB ini masih mengikut polisi mengikut keperluan, dan bukan mengikut warna kulit semata-mata.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/05/jauhi-deb-yang-berasaskan-kaum-kata-calon-muda/

MUDA juga memiliki pengikut berhaluan liberal seperti peguam terkenal, Datuk Ambiga Sreenavasan.

Beliau juga pernah menjadi bekas pengerusi badan bukan kerajaan, BERSIH, yang seringkali mendesak rakyat untuk berprotes menentang kerajaan.

Ambiga merupakan antara individu yang menyokong Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam Penilaian Berkala Sejagat (UPR) oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) di Geneva, Switzerland.

COMANGO telah mendesak kerajaan Malaysia menghormati hak kebebasan beragama dan mengikiraf hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sebenarnya COMANGO telah difatwakan sebagan ancaman kepada Islam dan negara oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Sebagai seorang liberal, Ambiga berani memperjuangkan isu seperti LGBT atas alasan dasar hak asasi manusia. LGBT bukan sahaja tidak diterima dalam Islam, malahan mana-mana agama besar di dunia.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/02/14/comango-ancaman-hancurkan-islam--negara--majlis-fatwa

Tuntasnya, isu provokasi yang tercetus dalam kalangan orang Melayu terhadap MUDA bukanlah disebabkan pihak lain.

MUDA sendiri perlu menyedari bahawa mereka sendiri yang membangkitkan kemarahan orang Melayu dengan menyebarkan agenda liberal.

Jangan terlalu rakus memperjuangkan agenda politik peribadi, sehingga menimbulkan kekacauan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berhenti tuding jari dan fikir apa kesalahan yang telah dibuat.

Sampai bila mahu bersikap tidak matang

Comments