Abdul Hadi Tak Hormat, Langgar Arahan


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak mengendahkan larangan yang dikenakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu.

Dia sebaliknya terus menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 10 Mac.

Maidam sebelum ini melarang ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta senator daripada memberikan ceramah atau kuliah agama di negeri berkenaan.

Maidam hanya memberikan pengecualian kepada mereka yang memegang tauliah mengajar atau diberikan kebenaran oleh Maidam.

Abdul Hadi sebelum ini mengatakan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid atau surau.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/658099


Agama Islam menuntut umatnya untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atau pemerintah.

Mematuhi undang-undang adalah satu bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Perkara ini dinyatakan dalam Surah An-Nisaa' ayat 59, yang menuntut agar umat Islam taat kepada Allah SWT, Rasulullah SAW serta para pemerintah.

Sebagai seorang yang beragama Islam dan tinggi ilmu agamanya, Abdul Hadi patut lebih maklum tentang tuntutan berkenaan.

Mengapa Abdul Hadi melanggar apa yang dituntut oleh agama Islam dan enggan mematuhi undang-undang ditetapkan oleh pihak berkuasa Terengganu?

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/657335


Tindakan dan kenyataan Abdul Hadi dilihat bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan oleh PAS pada 2017.

Pas ketika itu menerusi Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masjid tidak boleh disalah guna sebagai pentas untuk ceramah politik.

Kali ini, lain pula ceritanya. Apakah disebabkan disekat untuk tidak lagi boleh berceramah di masjid dan surau, PAS buat pusingan U?

Jangan memperalatkan agama sebagai bahan politik peribadi sehingga mencetuskan ketidakstabilan dalam masyarakat.

PAS sudah banyak kali dilihat membuat pusingan U untuk menyelamatkan diri mereka sekiranya sesuatu perkara tidak berpihak kepada parti itu.

Cukup-cukuplah PAS mempergunakan agama Islam. Busuk nama agama Islam.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tak-sepatutnya-masjid-dijadikan-pentas-ceramah-politik-mohd-amar-144544


Pihak berkuasa menetapkan undang-undang untuk menjamin keselamatan, keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

Mematuhi undang-undang merupakan tanggungjawab moral dan etika yang ditekankan bukan sahaja dalam agama Islam, malahan agama-agama lain di dunia.

Abdul Hadi seharusnya bersikap terbuka dan mematuhi apa jua peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Tambahan pula, larangan serta peraturan itu dikeluarkan oleh majlis agama Islam, bukannya badan atau pertubuhan sebarangan.

Sudah tentu, segala peraturan dan larangan yang dikeluarkan telah dibincangkan secara menyeluruh di peringkat dalaman.

Langkah itu dibuat bagi menjamin keamanan dan kestabilan dalam masyarakat di Terengganu selain menjaga kesucian masjid dan surau.

Tempat ibadah bukanlah hab atau platform untuk mana-mana ahli politik menyampaikan agendanya, sebaliknya bertujuan untuk aktiviti kemasyarakatan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/addin/2022/03/819919/ayuh-imarahkan-masjid-tingkat-mutu-ibadat


Banyak lagi ruang untuk memberikan ceramah politik, bukannya terhad di masjid atau surau.

Sebagai seorang yang memimpin parti berkonsepkan keagamaan seperti PAS, Abdul Hadi perlu lebih cerdik dalam menjaga tingkah laku di hadapan rakyat.

Tindakan Abdul Hadi jelas menunjukkan dia tidak mempunyai keinginan untuk memperjuangkan ajaran Islam sebenar, sebaliknya lebih fokus untuk berpolitik.

PAS perlu memecat Abdul Hadi dan menggantikan posisinya dengan individu yang tahu untuk menjaga nama baik Islam.

Jangan kerana Abdul Hadi, habis rosak nama Islam.

Comments