Annuar Zaini Berdiam Diri Isu Tanah Perak


Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini merangkap Penasihat Sultan Perak perlu cakna dengan isu-isu tanah dan pembalakan di negeri berkenaan.

Minggu ini sahaja, ada dua kes membabitkan isu tanah di Perak.

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa tanah rizab Melayu di Perak dikembalikan semula.

Selain itu, perbicaraan kes tuntutan saman sivil penduduk Orang Asli Kampung Tasik Asal Cunex, Gerik terhadap kerajaan Perak turut berlangsung selama tiga hari bermula 10 April lalu.

Sebelum ini, satu petisyen turut digerakkan bagi menggesa kerajaan Perak menghentikan projek pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Menurut MHO, terdapat tanah-tanah rizab Melayu di Perak yang dipindah milik kepada pemilik bukan Melayu.

Malahan, MHO begitu terdesak menggesa Jabatan Audit Negara mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak untuk mengembalikan tanah-tanah berkenaan.

Terdapat tanah yang dipajak kepada syarikat bukan Melayu meskipun tanah itu masih berstatus rizab Melayu.

Adakah Mohd Annuar berdiam diri kerana ini merupakan perancangannya untuk menambah kekayaan di Perak?

Bagaimana tanah-tanah rizab Melayu boleh dipindah milik sebegitu sahaja jika tiada campur tangan daripada orang atasan di negeri tersebut?

Tanah rizab Melayu adalah tanah yang dilindungi di bawah Akta Tanah 1960 dan hanya boleh dimiliki dan digunakan oleh orang Melayu dan Bumiputera.

Tanah rizab Melayu ini penting untuk mengekalkan hak dan kedaulatan tanah orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/254015/berita/semasa/mho-mahu-ptg-perak-kembalikan-tanah-rizab-melayu


Penduduk Orang Asli Kampung Tasik Asal Cunex, Gerik menuntut suatu deklarasi bahawa penduduk serta nenek moyang mereka adalah berhak kepada perlindungan hak terhadap tanah menurut adat dan undang-undang.

Mereka turut menuntut satu perintah bahawa tanah tersebut diwartakan tanah adat dan dihuni secara sah.

Tuntutan itu dibuat selepas nasib mereka terjejas akibat kemusnahan hutan berikutan aktiviti pembalakan yang berlaku sejak Januari 2019.

Malah, halangan yang dibina untuk menyekat proses membawa keluar kayu balak juga dirobohkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Mengapa Mohd Annuar tidak cakna tentang isu tersebut? Sebagai Penasihat Sultan Perak, Mohd Annuar sepatutnya memberi nasihat kepada Istana Perak untuk campur tangan dalam isu-isu yang menjejaskan kesejahteraan rakyat Perak.

Adakah ini juga salah satu bentuk kerakusan Mohd Annuar menggondol tanah-tanah di Perak untuk kepentingan peribadinya?

Rakyat merana, namun Mohd Annuar bergelak sakan mengaut keuntungan yang masuk dalam poketnya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/253842/berita/semasa/bicara-tuntutan-orang-asli-terhadap-kerajaan-perak-bermula


Baru-baru ini, Persatuan Kebajikan Komuniti dan Dialog menggesa kerajaan Perak agar menghentikan projek tapak pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong.

Bayangkan, projek itu meliputi kawasan seluas 4,280 hektar atau bersamaan dengan saiz 6,000 padang bola sepak.

Bagaimana projek sedemikian diluluskan di tapak hutan simpan yang sewajarnya menjadi kawasan pemuliharaan flora serta fauna?

Mohd Annuar dikhabarkan menjadi dalang di sebalik kerakusan untuk menggondol tanah berkenaan.

Persatuan itu telah menghantar petisyen yang mempunyai 5,000 tandatangan mendesak supaya projek itu dihentikan namun Mohd Annuar buat tidak endah.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/660107


Besar kesannya jika isu pembalakan tidak ditangani dengan baik.

Bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan rakyat, tetapi juga kepada generasi masa akan datang serta ekosistem negara.

Pemilikan tanah rizab Melayu sudah dirangka dengan baik dalam Akta Tanah 1960.

Namun, individu tidak bertanggungjawab seperti Mohd Annuar sewenang-wenangnya melanggar akta berkenaan demi kerakusan diri sendiri.

Kalau terus dibiarkan, berapa banyak lagi tanah-tanah di Perak bakal digondolkan.

Comments