Agenda Annuar Zaini Dalam PRN




Perak bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Perak merupakan negeri pertama yang membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional belum dibentuk, Perak sudah melaksanakannya terlebih dahulu.

Siapa lagi mampu melakukannya sebegitu kalau bukan Penasihat Sultan Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Dia merupakan individu terpenting yang merencanakan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak.

Jangan terkejut jika Perak menghadapi satu lagi krisis politik di bawah Mohd Annuar.

Mohd Annuar merupakan bekas Pengerusi Bernama dan dia memiliki pengalaman dalam bidang media.

Dia boleh memanipulasi apa saja naratif tanpa ada mana-mana pihak memberi kecaman kepada dirinya.

Namun, dia pernah 'kantoi' membuat kesilapan memainkan naratif politik yang tidak sewajarnya.

Mohd Annuar sebelum ini dikecam kerana memfitnah kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional berebut jawatan Menteri Besar Perak.

Namun, kemudiannya, beliau meminta maaf secara terbuka selepas Menteri Besar Perak baharu dilantik.

Sewajarnya, Mohd Annuar sebagai penasihat Sultan Perak menjaga nama baik institusi diraja kerana istana merupakan lambang penyatuan rakyat.

Mohd Annuar juga tidak sepatutnya bersikap menyebelahi mana-mana pihak sebagai individu berkepentingan dalam istana.

Gara-gara fahaman politiknya, dia terperangkap dalam mainannya sendiri.

Sumber: https://www.agendadaily.com/politik/ydp-majlis-agama-islam-perak-dikecam-malukan-islam-memfitnah/


Pada tahun 2020, dia pernah cuba memujuk Sultan Perak untuk membentuk Kerajaan Perpaduan melibatkan parti bukan Melayu namun gagal.

Mohd Annuar juga kerap kali membawa wakil parti bukan Melayu itu berjumpa Sultan Perak.

Mengapa beria sangat Mohd Annuar mahu membentuk kerajaan perpaduan Perak melibatkan parti bukan Melayu itu?

Apakah janji Mohd Annuar kepada parti berkenaan? Atau apakah janji parti itu kepada Mohd Annuar sekiranya diberi kuasa menjadi kerajaan negeri Perak?

Semestinya, ada perjanjian tertentu antara kedua-dua pihak sehingga Mohd Annuar begitu bersungguh-sungguh mahu memastikan parti tersebut mendapat tempat dalam kerajaan negeri.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/232611/berita/politik/pru15-sultan-perak-perkenan-bentuk-kerajaan-negeri


Sebagai seorang Ahli Dewan Negeri Perak, beliau sepatutnya faham tentang kepentingan untuk menjaga namanya supaya tidak terpalit dengan sebarang isu salah laku.

Annuar sebelum ini pernah ditarik balik darjah kebesaran dari Kelantan pada 2019 atas dakwaan mencampuri peletakan jawatan Sultan Muhammad V.

Kebiasaannya, darjah kebesaran di Malaysia akan ditarik balik apabila seseorang penerima telah melakukan kesalahan atau perbuatan yang tidak memenuhi standard serta integriti yang diperlukan.

Jarang sekali kes penarikan darjah kebesaran ini berlaku di Malaysia melainkan individu tersebut telah mencemarkan nama baik dan martabat darjah kebesaran yang diberikan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/16066/edisi/kelantan/istana-kelantan-tarik-balik-darjah-kebesaran-mohd-annuar-zaini


Sebagai Penasihat Sultan Perak, Mohd Annuar perlu faham batas-batas pegawai Istana sebelum campur tangan dalam urusan politik negara.

Campur tangan berlebihan daripada Mohd Annuar boleh memberi kesan kepada kebebasan dan integriti sistem demokrasi.

Mohd Annuar sepatutnya perlu bersikap neutral dan menyokong usaha-usaha menjaga sistem demokrasi.

Penglibatan Mohd Annuar sebagai 'raja percaturan' di Perak telah mencetuskan kontroversi yang tidak sepatutnya berlaku.

Penasihat istana seperti Mohd Annuar seharusnya mengelak daripada mencampuri sebarang urusan politik bagi memastikan kestabilan dan demokrasi negara terpelihara dengan baik.

Comments