Syed Saddiq 'Acah-Acah' Hero Rakyat


Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejak akhir-akhir ini lantang mengkritik sesiapa sahaja memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kian hampir.

Keputusan MUDA untuk bertanding solo dalam PRN selepas didakwa tidak menerima sebarang jawapan daripada Pakatan Harapan (PH), menyebabkan Syed Saddiq semakin lantang mengkritik semua pihak.

Daripada isu pengisytiharan harta; pertelingkahan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; isu lantikan politik sehinggalah isu eBelia Rahmah.

Pendek kata, Syed Saddiq mahu membidas semua isu yang berlaku dalam negara ini.

Walhal sebenarnya Syed Saddiq juga tidak menentu hala tujuannya dan penuh dengan kontroversi.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/266895/berita/politik/muda-didakwa-tiada-pendirian-sejak-ditubuhkan---aktivis-politik-pkr


Syed Saddiq sebelum ini membidas tindakan kerajaan tidak memberikan bantuan eBelia Rahmah kepada pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG).

Dia sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum membidas kerajaan.

Pelatih IPG sudah diberikan elaun bulanan berbanding belia lain. Maka, tidak timbul isu pelatih IPG dianaktirikan oleh kerajaan.

Sehinggakan Syed Saddiq mahu membandingkan pinjaman MARA dengan elaun bulanan IPG. Sedangkan pinjaman MARA itu perlu dibayar semula manakala elaun IPG tidak perlu dibayar.

eBelia Rahmah yang hanya diberikan mungkin hanya setahun sekali, kecil nilainya berbanding elaun bulanan yang diterima oleh pelatih IPG.

Kalau mahu menjadi 'hero' rakyat, kajilah dulu sebelum membidas sebarang isu. Jangan main 'tembak' sahaja.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahmad-maslan-jelaskan-punca-pelajar-ipg-tak-terima-inisiatif-ebeliarahmah-426323


Syed Saddiq baru-baru ini mengumumkan akan mengadakan jualan makanan otak-otak untuk mengumpul dana kempen PRN buat MUDA.

Eloklah melakukan usaha-usaha seperti ini. Cuma diharapkan janganlah duit jualan itu 'termasuk' dalam akaun ASB peribadi atau peti besi di rumah.

Bukan apa, audit dana bantuan banjir yang dijanjikan didakwa turut tidak kelihatan.

Tak mahulah pisang berbuah banyak kali. Kes Syed Saddiq di mahkamah juga belum selesai.

Cuma risau, hari ini kata duit untuk dana kempen pilihan raya, esok buat benda lain.

Sumber: https://worldofbuzz.com/syed-saddiq-will-sell-otak-otak-online-to-raise-fund-for-muda-election-campaigns/


Syed Saddiq mendakwa PH tidak memberikan sebarang jawapan berhubung hasrat MUDA untuk bekerjasama dalam PRN.

Syed Saddiq perlu ukur baju di badan sendiri dan melihat kembali potensi MUDA.

Parti yang tiada hala tuju dan sasaran jelas seperti MUDA, bukan pilihan rakyat.

Ahli-ahlinya juga penuh dengan kontroversi dan banyak konflik dalaman parti berlaku.

Tiada mana-mana parti mahu bekerjasama dengan parti kecil seperti MUDA. Kalau ada sekali pun, sekadar memenuhkan kuota.

MUDA tidak akan memberi impak besar kepada mana-mana parti utama.

Maka, Syed Saddiq perlu sedar diri bahawa tiada parti besar akan bekerjasama dengan MUDA.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/06/28/muda-wanted-to-work-with-ph-but-were-ignored-says-syed-saddiq/


Syed Saddiq kini hanya mahu meraih populariti dan berlagak seolah-olah apa yang diperjuangkan adalah bagus untuk rakyat.

Walhal Syed Saddiq hanya 'ular lidah bercabang dua'. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Tidak tentu pendiriannya sebagai ahli politik. Lebih bersikap populis semata-mata.

Berhentilah berdrama atau hipokrit, Syed Saddiq.

Rakyat hanya mentertawakan setiap kelakuan Syed Saddiq dan ramai sudah menjangkakan MUDA akan hilang wang deposit pada PRN kelak.

Comments