PAS Terdesak Cari Sokongan


Parti PAS baru-baru ini tidak menolak kemungkinan mahu mewujudkan semula Muafakat Nasional (MN) yang pernah dijalinkan bersama UMNO sebelum ini.

Bukankah dulu PAS yang menolak UMNO terlebih dahulu dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan Bersatu?

Bukankah PAS menolak UMNO dulu kerana tamak mahukan lebih banyak pengaruh dan kuasa dalam politik?

Adakah PAS sudah nampak mereka tidak boleh maju ke depan tanpa sokongan daripada parti Kerajaan Perpaduan?

Benda yang lepas dan gagal mengapa perlu diwujudkan semula?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1146350/pas-terbuka-hidupkan-kembali-mn-pemimpin-umno-kata-jangan-buang-masa


Ramai sedia maklum, PAS hanya berkuasa di tiga buah negeri sahaja iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tidak pelik parti itu mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, malah sudah dijangka dari awal oleh kebanyakan pihak.

Namun ramai tahu PAS mahu memperluaskan pengaruh mereka di negeri lain, tetapi kurang mendapat sokongan kerana isu-isu kontroversi yang melanda parti itu.

Siapa sahaja mahu menyokong parti yang gagal menyelesaikan isu air dan jalan raya di Kelantan selama beberapa dekad?

Isu infrastruktur di satu negeri sahaja terbukti gagal. Bagaimana mahu menguruskan sebuah negara?

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1138284/air-bukan-isu-besar-orang-kelantan-boleh-gali-sendiri-telaga-mohd


Isu agama Islam kerap kali dipolitikkan oleh PAS.

Sehinggakan isu tentang Lembaga Pengampunan pun dijadikan bahan politik oleh PAS dan mengaitkannya dengan agama Islam.

Isu rakyat Johor kurang menyokong PAS juga mahu dikaitkan dengan agama Islam.

Pendek kata, PAS akan menggunakan ‘modal’ agama Islam sebagai bahan politik untuk menyerang dan merendah-rendahkan musuh politik mereka.

Tiada salah mahu menyebarkan agama Islam tapi tidak perlu mengaitkan sokongan politik orang ramai dengan agama Islam.

Politik hanya politik, tidak berkait dengan akidah seseorang.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1145820/hadi-awang-disiasat-kerana-pertikai-kuasa-lembaga-pengampunan-polis


PAS sebenarnya terdesak mahu meraih sokongan orang ramai khususnya penduduk di kawasan bandar.

Parti yang konservatif seperti PAS bukan sahaja tidak akan menarik sokongan golongan bukan Melayu malahan dalam kalangan Melayu juga.

Atas sebab itu, mereka mahu bersatu kembali dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang memiliki parti komponen seperti MCA dan MIC untuk mendapatkan sokongan kaum lain.

Malangnya, identiti PAS bukan sahaja buruk di mata kebanyakan org Melayu sendiri, malahan kaum lain.

Namun hasrat PAS itu nampaknya tidak akan kesampaian dalam masa terdekat dan mungkin untuk jangka masa panjang.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/672536


PAS perlu mencari semula identitinya dan mengurangkan serangannya kepada bukan sahaja musuh politik tetapi juga rakyat.

PAS seolah-olah hilang arah dan tidak tahu mahu berpihak kepada siapa. Sekejap berpihak kepada parti ini, sekejap menyerang parti itu. Tiada angin tiada ribut, mahu berpatah balik pula kepada gabungan sebelum ini.

Utamakan isu di negeri sendiri terlebih dahulu dan buktikan bahawa PAS mampu membawa kemajuan yang signifikan di negeri pemerintahan mereka.

Jangan beri alasan tidak munasabah setiap kali rakyat mahukan pembaharuan di negeri sendiri.

Selain itu, tak perlu bermain dengan soal agama berhubung semua isu. Dakwah itu tidak salah tapi biarlah berpada-pada.

Comments