Kemelut Rasuah Syed Saddiq


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Syed Saddiq dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan Syed Saddiq gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Syed Saddiq telah mencalarkan reputasinya sebagai pemimpin muda yang berkaliber susulan kes mahkamah berkenaan.

Malah, dia juga menghancurkan harapan para penyokongnya dan menunjukkan dia salah seorang politikus yang gagal 'menahan diri' daripada terjebak dengan skandal wang.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-sebatan-denda-rm10-juta-445336


Status Syed Saddiq sebagai pesalah rasuah, telah merugikan dirinya sendiri.

Sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq sepatutnya membawa harapan baharu untuk politik negara namun sebaliknya berlaku.

Dia telah mencemarkan reputasi organisasi politik yang dipimpinnya. Berkemungkinan besar, nama MUDA akan dipandang sinis sebagai parti politik yang pernah dipimpin oleh ahli politik korup.

Tindakan Syed Saddiq yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menjejaskan integritI dirinya sendiri, tetapi juga membawa implikasi negatif kepada ahli-ahli MUDA yang lain.

Kepercayaan rakyat terhadap keupayaan MUDA untuk memperjuangkan perubahan dan keadilan kini menjadi tanda tanya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/633838/berita/politik/syed-saddiq-kosongkan-kerusi-presiden-muda


Ironinya, Syed Saddiq yang dahulu lantang menentang rasuah dan menggesa ketelusan dalam sistem undang-undang negara, kini didakwa atas kesalahan rasuah.

Syed Saddiq hipokrit, gagal menjaga integritinya dan kejujuran dalam kepimpinannya. Dia hanya bersikap omong kosong selama ini.

Lain yang dikatakan, lain yang dibuatnya. Bukankah dulu Syed Saddiq sanggup keluar dari blok kerajaan semata-mata 'kecewa' dengan keputusan mahkamah membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

Kini, Syed Saddiq pula telah mengecewakan ramai pihak apabila terpalit dengan skandal wang.

Sebab itu, Syed Saddiq perlu memikirkan hal diri sendiri terlebih dahulu sebelum bercakap tentang soal orang lain.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/09/12/syed-saddiq-tiada-asas-moral-kritik-kes-zahid-kata-pemimpin-dap/


Lebih parah lagi, kes Syed Saddiq ini memberikan kesan buruk kepada persepsi umum terhadap pemimpin muda di Malaysia.

Pemimpin muda yang sepatutnya menjadi lambang kejujuran dan pembaharuan, kini dianggap berpotensi untuk melakukan perkara sama seperti Syed Saddiq.

Situasi ini merupakan satu tamparan hebat kepada aspirasi politik generasi muda.

Kes Syed Saddiq juga berkemungkinan akan wujud desakan untuk pendidikan politik dan etika dalam kalangan pemimpin muda, agar mereka tidak mengulangi kesilapan sama.

Syed Saddiq memang wajar dipersalahkan kerana membangkitkan skeptisisme dalam kalangan orang ramai terhadap pemimpin muda lain kelak.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/633948/khas/rasuah-busters/hukuman-terhadap-syed-saddiq-isyarat-ahli-politik-tak-kebal


Kes Syed Saddiq membuktikan pentingnya integriti dan kejujuran dalam setiap ahli politik.

Syed Saddiq telah menunjukkan bahawa tindakannya bukan sahaja menjejaskan dirinya sendiri tetapi organisasi serta pemimpin muda lain secara keseluruhannya.

Syed Saddiq sepatutnya malu dengan perbuatannya dan bercakap tidak serupa bikin.

Benarlah tanggapan rakyat selama ini bahawa Syed Saddiq merupakan seorang yang hipokrit dan tidak boleh dipercayai.

Tolong lepaskan juga status sebagai wakil rakyat. Entah-entah, rakyat Muar sendiri malu mengaku Syed Saddiq sebagai wakil rakyat mereka.

Comments