Mahathir Bercakap Dengan Cermin


Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju bahawa pihak berkuasa perlu menyiasat semua individu yang berpangkat 'Tun' jika gagal menjelaskan secara terperinci harta mereka.

Buat kali pertama, setuju dengan kata-kata Mahathir kerana individu pertama yang patut disiasat adalah dia sendiri.

Mahathir individu paling layak disiasat oleh pihak berkuasa kerana dia paling 'selamat' ketika ini dan kekayaannya bukan pada tahap 'biasa-biasa'.

Rakan karibnya, Tun Daim Zainuddin juga telah disiasat. Mahathir hanya menunggu masa sahaja untuk pihak berkuasa memanggilnya.

Ada yang mengatakan, mereka yang beria mengeluarkan kenyataan, individu tersebut sebenarnya banyak yang disorokkannya.

Masakan tidak, kekayaan Mahathir beserta anak-anaknya melebihi daripada apa yang rakyat bayangkan.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/641476/berita/nasional/rasuah-individu-berpangkat-tun-juga-perlu-disiasat-direman---dr-mahathir


Sebelum ini kecoh tentang penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama adalah pada 31 Oktober 2003.

Mahathir sempat untuk memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad.

Mengapa syarikat itu mendapat tender berkenaan secara rundingan terus? Anak-anak Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.

Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.

Tidak hairan mengapa syarikat itu mendapat keistimewaan berbanding syarikat-syarikat lain dan Mahathir masih mahu menyatakan dia tidak membantu anak-anaknya?

Maka, siapa patut disiasat dahulu sebenarnya? Bukankah Mahathir perlu memberi penjelasan tentang perkara ini?

Mirzan yang dikatakan memiliki aset bernilai RM17 bilion pernah terpalit kontroversi apabila Mahathir pernah 'bail out' Konsortium Perkapalan milik Mirzan pada 1990-an menerusi Petronas bernilai AS$220 juta (RM972.7 juta).

Mirzan juga dikatakan menerima pemilikan saham bernilai RM108.5 juta daripada Diperdana Corp yang merupakan milik adik kepada kroni rapat Mahathir iaitu Danny Tan.

Selain itu, pada 1994, Sarawak memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tanjung Tiara Sdn Bhd.

Sekali lagi Mukhriz adalah pemegang saham tetapi juga merupakan pengerusi kepada Tanjung Tiara.

Kemudian, apabila Mahathir dilantik menjadi PM7 pada 2018, keluarga itu mengambil kesempatan apabila dia melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah untuk 'menyakau' apa sahaja yang ada di negeri itu.

Ini adalah bukti Mukhriz telah menjual sebidang tanah negeri Kedah seluas 320 hektar kepada sebuah syarikat China.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/509478

https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500?fbclid=IwAR2JevyAnX4NAECC13BA02c4eQ-UGaqBHrwsNlwi9TVZIkSGvmrh7TqJk2Q


Mokhzani pula pada 1997 merupakan pemegang saham terbesar di Hospital Pantai selepas membelinya daripada Kumpulan Berjaya yang dikendalikan oleh Vincent Tan.

Mokhzani kemudiannya secara tiba-tiba mengumumkan berhenti daripada dunia korporat kerana tidak mahu mencemarkan nama baik Mahathir pada 2001.

Namun Mokhzani secara senyap-senyap menubuhkan kumpulan Kencana pada akhir 2001 bernilai RM30 juta.

Syarikat itu kemudiannya dianugerahkan lesen fabrikasi (Offshore Structures) utama oleh Petronas pada tahun 2002.

Kencana Petroleum adalah salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen di Malaysia yang diberikan lesen pada masa itu.

Pada 2003, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya dilantik sebagai penasihat Petronas.

Mokhzani diisytiharkan sebagai orang ke-9 terkaya di Malaysia dan orang Melayu kedua terkaya pada 2013 dengan aset bernilai RM4.22 bilion susulan keuntungan berlipat kali ganda syarikat Kencana Petroleum pada masa itu.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=LSf43cvHmYA


Jadi, Mahathir rasa siapa patut disiasat dahulu? Rasanya baru sedikit pembongkaran itu.

Kalau pihak berkuasa siasat, mahu makan bertahun-tahun hendak siasat korupsi Mahathir ini.

Anak-anaknya boleh menjadi hartawan dalam tempoh satu generasi sahaja, sedangkan orang kaya lain mengambil masa dua hingga tiga generasi untuk anak-anak mereka kaya-raya.

Jangan tipulah anak-anak Mahathir tidak dibantu langsung. Belum lagi sembang pasal kesemua anak-anak Mahathir memiliki berpuluh atau beratus syarikat.

Sebab itu Mahathir beria sangat hendak menjadi Perdana Menteri kali ketiga. Alasannya sebab nak memajukan negara tapi sebenarnya mahu menyelamatkan keluarganya sendiri.

Pihak berkuasa perlu menyiasat Mahathir. Tahan reman sahaja dia. Bukan tiada bukti langsung, banyak sudah didedahkan.

Comments