Latheefa Koya 'Buah Catur' Daim Selamatkan Kroni


Mungkin ramai masih ingat tentang pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7.

Pelantikan yang dibuat itu mengejutkan ramai pihak kerana wanita berkenaan tidak mempunyai latar belakang dalam perkhidmatan awam.

Bagaimana Latheefa yang tidak mempunyai sebarang merit dalam kerajaan, diberi tanggungjawab menguruskan SPRM?

Mengapa Mahathir sangat berani mencalonkan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membasmi rasuah di negara ini?

Banyak persoalan yang bermain dalam minda ramai rakyat ketika itu.

SUMBER: https://umno-online.my/2019/06/10/kontroversi-dan-misteri-sprm/


Latheefa Koya sebenarnya pernah bekerja dengan firma guaman milik penasihat paling kanan Mahathir iaitu Tun Daim.

Wanita berkenaan merupakan bekas peguam di firma Daim & Gamany dan disebabkan itu, Latheefa dlantik tanpa melalui jawatankuasa pemilihan Parlimen.

Malah, pelantikan itu juga seolah-olah dibuat secara tergesa-gesa memandangkan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelumnya iaitu, Dato' Seri Shukri Abdul belum tamat lagi.

Mahathir mendakwa Shukri sendiri mahu meletakkan jawatan namun sebaliknya dia ingin menyelamatkan kroninya dengan melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya.

Semestinya, Latheefa Koya tidak akan mendakwa Daim serta konco-konconya dalam apa jua pertuduhan kerana mempunyai hubungan yang sangat baik antara kedua-duanya.

SUMBER: https://ktemoc.blogspot.com/2019/06/is-latheefa-koya-mahathirs-instrument.html


Kalau dilihat, Latheefa ini merupakan antara individu penting yang menyelamatkan kroni-kroni Mahathir termasuklah kes membabitkan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bayangkan, kes video lucah Azmin Ali senyap begitu sahaja tanpa siasatan lanjut daripada Latheefa ketika berada dalam SPRM.

Malah, Latheefa menggunakan pengaruh media untuk menenggelamkan naratif buruk terhadap Azmin Ali.

Itu bukan kali pertama Latheefa 'bekerjasama' dengan Azmin. Dia juga merupakan peguam kepada Azmin Ali dalam saman Puncak Niaga pada 2017.

Ketika itu, Azmin Ali merupakan Menteri Besar Selangor. Azmin Ali juga merupakan kroni Daim.

Kalau tidak, masakan Azmin Ali mahu syarikat guaman Daim dilantik dalam menyelesaikan skandal tanah peneroka di Ijok, Selangor pada 2018.

Oleh itu, tidak pelik mengapa Latheefa dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kerana Daim dan Mahathir mahu memastikan kroni-kroni mereka selamat.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2018/02/23/syarikat-guaman-tun-daim-dilantik-selesai-isu-tanah-ijok/

http://alditta.blogspot.com/2019/06/the-koya-sis-bid-to-save-azmin.html#


Latheefa merupakan buah catur sesuai buat Daim dan Mahathir untuk menjatuhkan musuh politik mereka.

Meskipun Latheefa pernah berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun dia bukanlah individu yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebab itu, pelantikan Latheefa dibuat secara senyap-senyap. Daim dan Mahathir tahu Latheefa sangat lantang terhadap Anwar.

Maka, mereka mahu Latheefa menjatuhkan Anwar dengan memberikan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ramai tahu Daim dan Mahathir tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana bimbang rahsia mereka terbongkar.

Sudah terbukti apabila mereka kini disiasat oleh SPRM terutamanya Daim yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan gagal mengisytiharkan harta.

SUMBER: https://www.facebook.com/isham.abdjalil/posts/pfbid02C8WbQ8HsoaBQYHaT7A7u7CuN4rjmcPM7HYto86jtzarmG1DnFnvZrrMyYa8YJer7l


Pelantikan Latheefa merupakan permainan politik yang dimainkan oleh Daim serta rakan baiknya, Mahathir untuk menyelamatkan kroni masing-masing.

Mereka membuatkan undang-undang di Malaysia seperti sebuah jenaka.

Apabila mereka berkuasa, mereka mengawal undang-undang dengan meletakkan proksi masing-masing dalam jawatan tertentu seperti Latheefa di SPRM.

Bagaimana rakyat tidak membenci Daim serta kroni-kroninya?

Manusia yang pandai berlakon sakit ketika muncul di mahkamah seperti Daim sebenarnya perlu diadili di mahkamah.

Mengapa dia gagal mengemukakan hartanya? Banyak persoalan yang timbul. Adakah takut orang akan tahu tentang hartanya yang berbilion ringgit atau dolar?

Daim perlu tahu, simpanlah banyak mana rahsia sekali pun, tapi lambat laun pasti terbongkar jua.

Comments