Daim Penyakau Duit Negara


Kes mahkamah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tiba-tiba senyap begitu sahaja.

Sebelum ini, Daim mendakwa dia tidak bersalah kerana gagal mengisytihar 70 aset hartanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengatakan Daim berdepan beberapa siasatan terhadap dirinya termasuklah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Daim bagaimanapun melontarkan dakwaan bahawa SPRM hanya bertindak menyiasatnya kerana dia adalah 'musuh politik'.

Namun, ramai tahu dakwaan itu adalah tidak benar memandangkan dia sendiri gagal mematuhi notis pengisytiharan 70 aset hartanya.

Mengapa Daim gagal mematuhi notis berkenaan kalau dia merasakan asetnya itu diperoleh menerusi sumber yang sah?

SUMBER: https://www.kosmo.com.my/2024/01/29/daim-didakwa-tidak-isytihar-70-aset-faham-pertuduhan-minta-bicara/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1206445/daim-masih-dalam-siasatan-sprm-berkait-beberapa-akta-jenayah-azam


Bagaimana individu sekaya Daim yang memiliki puluhan atau mungkin ratusan aset tidak tersenarai sebagai manusia terkaya Malaysia?

Pelik bukan? Sebab kalau kita melihat kepada senarai aset yang tidak diisytiharkan, bukan kaleng-kaleng.

Daripada syarikat pengurusan hotel hinggalah kepada hartanah di seluruh negara. Belum campur aset di luar negara yang tidak dikesan oleh pihak berkuasa.

Menara Ilham yang disita oleh SPRM sebelum ini juga dianggarkan bernilai RM2 bilion dan disenarai sebagai bangunan kelapan tertinggi di Malaysia.

Agak 'mengagumkan' apabila seorang bekas menteri mampu memiliki sebuah bangunan bernilai berbilion ringgit dan pegangan dalam pelbagai syarikat.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1191695/menara-ilham-disita-sprm-urusan-berjalan-macam-biasa


Daim memulakan kerja kotornya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1984.

Dia dilantik oleh rakan karibnya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memenangi kerusi Parlimen Kuala Muda, Kedah pada 1982.

Daim ini bukan sebarangan menteri. Daim ada kumpulan sokongannya atau kroni sendirinya yang dikenali sebagai 'Daim's Boys'.

Kumpulan itu terdiri daripada individu berpengaruh dalam pelbagai sektor seperti perbankan dan hartanah.

Mereka dikatakan akan mendapat 'habuan' daripada Daim jika menurut apa sahaja yang dimahukan oleh bekas Menteri Kewangan itu.

Apakah habuan itu? Tentunya projek besar kerajaan dan mendapat pangkat tinggi.

Daim juga menggunakan kedudukannya untuk memanipulasi pinjaman bank kepada syarikatnya sendiri dan kroni-kroni.

Sebab itu, kroni-kroninya tidak berdepan sebarang masalah untuk meminjam wang bagi sebarang projek mereka.

SUMBER: https://www.thecoverage.my/4227/how-tun-daim-zainuddin-became-a-multi-billionaire


Daim juga dikatakan memiliki 50 cawangan bank di seluruh dunia bersama-sama Mahathir.

RM60 bilion miliknya dikatakan sedang berada di luar negara dan disimpan di beberapa negara termasuklah Indoensia, Afrika, Switzerland dan Panama.

Taktik Daim yang menyimpan wang merentasi beberapa benua di dunia adalah supaya asetnya itu sukar dijejaki oleh pihak berkuasa.

Kesemua duitnya yang berada di luar negara mungkin memiliki kaitan dengan 'kehilangan' wang Bank Negara Malaysia (BNM) sewaktu skandal Forex pada 1990-an.

Sebab itu, sehingga kini wang berkenaan tidak boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan individu lain dijadikan kambing hitam oleh Daim susulan skandal tersebut.

SUMBER: https://www.thecoverage.my/94/mahathir-tun-daim-has-banking-empire-in-more-than-50-banks


Dakwaan Daim terhadap SPRM tidak masuk akal kerana penglibatannya dalam skandal wang sudah lama terdedah menerusi pembongkaran Kertas Pandora.

Mengapa Daim mendakwa SPRM bertindak menyiasatnya kerana dia adalah musuh politik?

Sepatutnya Daim perlu tanya diri sendiri tentang kegagalannya mengisytihar 70 aset hartanya.

Daim tidak perlu berlakon atau berlagak seperti dirinya sangat suci dan bersih daripada skandal wang.

Manusia yang memiliki puluhan atau ratusan aset namun namanya tidak berada dalam senarai manusia terkaya Malaysia, memang wajar dipertikaikan.

Daim juga perlu tahu, tidak selama-lamanya dia selamat dan terlepas daripada hukuman di dunia ini.

Sebijak mana pun dia menyimpan wang daripada pengetahuan orang ramai, lambat laun pasti terbongkar jua.

Comments