Rahsia Keturunan Kerala Mahathir Terbongkar?



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini berdepan fenomena yang tular dalam kalangan pengguna media sosial.

Sejak Pinarayi Vijayan menjadi Ketua Menteri Kerala pada 2016, satu persoalan terus menghantui golongan netizen Malaysia dan India.

Mengapa mukanya begitu mirip dengan Mahathir?

Dari bentuk dahi, mata, hidung, bibir hinggalah kepada corak rambutnya, persamaan fizikal tersebut begitu ketara sehingga ramai memanggil Vijayan sebagai 'Mahathir versi Kerala', 'sepupu Mahathir yang hilang' atau 'Mahathir dari Malabar'.

Gambar mereka berdua sering tular di media sosial, disertai pelbagai 'meme' dan komen lucu daripada netizen. 

SUMBER: https://x.com/singhsahana/status/1133945293794357251



Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri khas etnik Malayali di Kerala.

Mereka berkulit sawo matang, dahi lebar, mata yang tajam dan dalam serta struktur muka yang tegas.

Mahathir lahir pada 1925 manakala Vijayan pula pada 1945.

Usia mereka berdua bezanya sekitar 20 tahun, tapi jika dilihat gambar Mahathir di usia 70-an, persamaannya semakin ketara.

Persamaan wajah mereka bukan kebetulan semata-mata. 

SUMBER: https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2024/01/14/dr-mahathir-faces-backlash-over-comments-on-malaysian-indians/



Hubungan Mahathir dengan Kerala bukan sekadar khabar angin.

Dalam kes saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mahathir sendiri mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia mempunyai keturunan dari Kerala, India Selatan.

Mahathir menyatakan bapanya, Mohamad bin Iskandar, berasal dari Pulau Pinang dan adalah orang Melayu, tetapi mempunyai nenek moyang dari Kerala.

Zahid sebelum itu pernah menyentuh isu keturunan Mahathir, termasuk dakwaan nama lama seperti 'Mahathir a/l Iskandar Kutty'.

Namun Mahathir dakwa kenyataan itu sebagai fitnah politik.

Mahathir menegaskan dia tidak malu memiliki darah India, tetapi tetap mendakwa dirinya adalah berketurunan Melayu sepenuhnya.

Datuk Mahathir dari sebelah bapa berhijrah dari Kerala ke Tanah Melayu pada zaman British.

Ini adalah sebahagian daripada gelombang migrasi India Muslim yang kemudian berasimilasi ke dalam masyarakat Melayu.

Vijayan pula lahir di kampung Pinarayi, Kannur, Kerala dari keluarga Thiyyar (komuniti Hindu).

Secara genetik, kedua-duanya berkongsi 'gene pool' Malayali yang sama walaupun berpisah ratusan tahun. 

SUMBER: https://selempangtiga.blogspot.com/2017/07/history-of-mahathir-so-iskandar-kutty.html



Dari segi latar belakang politik, Vijayan adalah pemimpin Parti Komunis India.

Dia dikenali dengan gaya kepimpinan yang sangat bersifat kuku besi dan autoritarian.

Vijayan sering memberi tekanan kepada pengkritiknya meskipun dalam parti yang sama, lawan politik sentiasa dikawal ketat dan pentadbiran negeri dijalankan secara kuku besi.

Mahathir pula bukan ahli Komunis tetapi gaya kepimpinannya juga tegas dan lebih tertumpu kepada kuasa pemimpin semata-mata.

Selama 22 tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Mahathir dikenali sebagai pemimpin yang tidak takut membuat keputusan kontroversi, mengawal media, parti dan ekonomi dengan gaya pemerintahan kuku besi atau Mahathirism.

Walaupun Vijayan memerintah berdasarkan ideologi komunis manakala Mahathir pula melaksanakan pemerintahan bercorak nasionalis Melayu dengan elemen sosialis, corak pentadbiran mereka menunjukkan persamaan yang ketara. 

SUMBER: https://soscili.my/ketua-menteri-kerala-tun-mahathir/



Meskipun tiada bukti kukuh yang menunjukkan mereka adik-beradik atau mempunyai hubungan keluarga secara langsung, namun wajah Mahathir dan Vijayan yang begitu mirip, terus mencetuskan pelbagai teori serta spekulasi.

Apakah ada rahsia keluarga yang tersembunyi di sebalik migrasi nenek moyang Mahathir dari Kerala ke Malaysia?

Adakah mungkin ada hubungan darah antara kedua-dua mereka namun hilang dalam rekod sejarah keluarga berkenaan?

Berkemungkinan mereka adalah saudara-mara yang berpisah semasa migrasi zaman British lalu bertemu semula dalam bentuk fizikal yang mirip serta persamaan personaliti.

Setiap kali gambar mereka diletakkan bersebelahan, sukar untuk menafikan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan. 

Comments