Mahathir Banyak Berpura-Pura


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengeluarkan dakwaan bahawa kerajaan menyekat kebebasan bersuara tentang isu sensitif berkaitan kaum, agama serta raja (3R).

Mahathir turut mendakwa kerajaan gagal dalam memajukan ekonomi negara menerusi pelaburan, peluang pekerjaan dan hasil cukai.

Bagaimana Mahathir boleh mengeluarkan dakwaan berkenaan sedangkan zaman pemerintahannya dulu banyak ketirisan yang disembunyikan?

Adakah Mahathir terdesak untuk menjatuhkan kerajaan sekarang sehingga tidak habis-habis memburukkan orang lain sehingga lupa rekod lampaunya?

Mahathir boleh buat-buat lupa, tetapi fakta dan sejarah tidak boleh dihapuskan walau macam mana dia cuba menyembunyikannya.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2024/05/22/mahathir-says-anwar-stifling-public-discourse-on-3rs/


Kalau sebut soal kebebasan bersuara, rakyat tidak lupa tentang manusia yang melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya. Siapa lagi, kalau bukan Mahathir sendiri.

Ops Lalang pada 1987 telah menyebabkan lebih 100 orang ditahan di kem tahanan di Kamunting, Taiping selama dua tahun.

Namun, Mahathir semakin tua dan nyanyuk sehingga lupa serta sehingga kini berkeras tidak akan meminta maaf tentang perkara itu.

Dia kata Ops Lalang dilaksanakan atas arahan polis. Kalau begitu, siapa pula Menteri Dalam Negeri ketika itu? Ikut sejarah dan fakta, Mahathir yang memegang jawatan berkenaan.

Realitinya, Mahathir sendiri meluluskan lebih 100 orang ditahan di bawah ISA ketika itu.

Siapa yang bertanggungjawab memegang jawatan menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang pada masa itu? Sekali lagi, Mahathirlah orangnya.

Bukankah Mahathir lebih teruk daripada kerajaan sekarang? Janganlah suka-suka tuduh orang, jika diri sendiri pun lebih kejam ketika berkuasa.

SUMBER: : https://sahabatrakyatmy.blogspot.com/2011/02/ops-lalang-was-making-of-police-state.html


Mahathir dakwa kerajaan ketika ini gagal memperkasakan ekonomi. Namun siapa pula yang suatu ketika dahulu, memberikan kemewahan kepada kroni-kroni sendiri?

Siapa yang melantik rakan baik sendiri sebagai Menteri Kewangan sehinggakan wang negara lesap berbilion ringgit dulu ketika skandal Forex?

Sehinggakan rakan baiknya itu menjadi hartawan dalam diam dan tidak pernah disenaraikan sebagai lelaki terkaya negara.

Siapa yang memberikan tender secara terus kepada syarikat anak-anak dan kroninya?

Siapa yang sesuka hati menggunakan duit negara untuk 'bail-out' syarikat kroni-kroni?

Janganlah pura-pura prihatin kepada kebajikan rakyat kalau Mahathir sendiri memanipulasi kepentingan orang ramai ketika menjadi Perdana Menteri.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk


Paling memalukan apabila korupsi Mahathir terbongkar sehingga ke luar negara.

Sebelum ini, media Taiwan melaporkan dakwaan bahawa Mahathir menyeludup masuk wang Malaysia sebanyak RM830 bilion ke dalam bank di Taiwan antara 1984 hingga 1999.

Perkara itu turut disahkan oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai bekas pegawai khas tidak rasmi Mahathir

Dia mendedahkan Mahathir memang ada menyimpan wang berkenaan di Taiwan.

Malahan, individu yang dikenali sebagai Abdul Hameed Gula Maiden mengakui dia dan beberapa orang lain memiliki senarai nombor siri wang berjumlah RM830 bilion itu.

Abdul Hameed mendedahkan wang-wang tersebut dicetak di London dan dihantar ke Taiwan.

Sumber: https://news.ebc.net.tw/news/article/75317


Tolonglah Mahathir, rakyat penat dengan sandiwara anda sendiri.

Jangan berlakon di hadapan kami dengan menggunakan topeng pejuang rakyat, walhal diri sendiri turut kotor.

Tak perlu nak mengata orang lain, kerana Mahathir lagi licik daripada ular.

Mahathir sedarlah, dakwaan dan tohmahan dilemparkan selama ini kepada orang lain sebenarnya hanya berbalik kepada dia sendiri.

Berhentilah keluarkan sebarang komen tentang negara ini. Waktu Mahathir dalam politik dah lama tamat.

Comments