Keculasan Mahathir Rosakkan Negara


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mempertikaikan isu subsidi dan harga penjualan air kepada negara luar.

Mahathir kian rancak melaksanakan strategi politiknya untuk menjatuhkan kerajaan dan institusi diraja.

Apa sahaja yang boleh dijadikan bahan strategi politiknya, itulah wadah bicaranya di media sosial.

Mahathir umurnya sudah hampir menjangkau 100 tahun, sudah pasti banyak perkara yang dia tidak ingat atau enggan mengaku salah tentang keculasannya.

Dalam ramai-ramai Perdana Menteri di negara ini, Mahathir paling lama berkuasa dan satu-satunya individu memegang jawatan terpenting tersebut sebanyak dua kali.
Mahathir memekak tentang harga air Johor dijual bernilai 3 sen setiap 1000 meter padu air ke Singapura.

Dia cakap Johor beri subsidi sebanyak RM39 juta setahun kepada Singapura kerana menjual air kepada negara berkenaan di bawah paras harga air yang sebenar.

Untuk pengetahuan Mahathir, perjanjian itu dibuat ketika rundingan Singapura untuk menyertai Malaysia pada 1961 dan 1962.

Namun Singapura memutuskan untuk tidak menyertai Malaysia pada 1963.

Pada 1986 dan 1987 iaitu 25 tahun selepas perjanjian berkenaan dibuat, kerajaan sepatutnya mengkaji semula perjanjian tersebut.

Siapa yang menjadi Perdana Menteri pada tahun-tahun berkenaan? Mahathirlah orangnya.

Mengapa Mahathir mengabaikan hak kajian perjanjian tersebut? Sebab Mahathir sibuk dengan agenda politiknya pada masa itu.

Tahun-tahun itu tercetusnya Ops Lalang dan pelbagai isu dalaman parti UMNO dipimpin Mahathir serta kerajaan.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2021/10/27/34-years-after-ops-lalang-still-no-sincere-apology-by-dr-m/


Kerajaan Johor pada tahun 1986 dan 1987 pula dipimpin oleh ketua Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin adalah kroni besar Mahathir. Jangan lupa Muhyiddin kerap kali bersekongkol dengan Mahathir untuk menumbangkan musuh-musuh politiknya seperti Langkah Dubai.

Selain itu, Perlembagaan Persekutuan mengatakan perkara-perkara yang melibatkan hubungan antarabangsa, termasuklah membekalkan air ke Singapura, merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Siapa yang memimpin Kerajaan Persekutuan ketika itu kalau bukan Mahathir?

Maka, Mahathir tidak seharusnya memekak tentang isu harga air di Johor. Ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri.

Mahathir jangan buat-buat lupa tentang keculasannya mengabaikan hak kajian perjanjian penjualan air ke Singapura itu.

Salah sendiri, tak perlu tuding jari ke pihak lain.

SUMBER: https://focusmalaysia.my/will-the-now-exposed-langkah-dubai-succeed-in-bringing-down-anwars-govt/


Bermusuh betul Mahathir terhadap Johor. Mahathir lupa siapakah yang melepaskan Pulau Batu Puteh kepada Singapura sebegitu sahaja?

Alasan Mahathir adalah dia terpaksa membuat keputusan berkenaan kerana tahu Malaysia tidak akan menang.

Sebaliknya, kerajaan sebelum itu sudah menjumpai tiga bukti baharu untuk dibawa ke mahkamah antarabangsa untuk semakan tuntutan wilayah terbabit.

Mahathir sekali lagi mengabaikan bukti-bukti tersebut dan hanya membuat keputusan sendiri sehingga menjual kedaulatan negara sebegitu mudah.

Alasan demi alasan boleh diberikan tapi pokok pangkalnya, Mahathir telah menyebabkan kedaulatan negara tergadai, sekali gus menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara.

Apa lagi alasan yang Mahathir mahu berikan? Mahathir tidak pernah kisah kerana kehidupan rakyat bukan masalah dia.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/639474


Mahathir cuba menggunakan peluru-peluru politiknya untuk membersihkan namanya sendiri.

Dia sedar tidak mampu meraih sokongan dengan usianya sudah lanjut dan namanya telah kotor akibat pelbagai kontroversi.

Dia mahu kembali berkuasa secepat mungkin untuk menyelamatkan keluarga dan kroninya.

Sekarang Mahathir sudah panas punggung, merasa tidak selamat apabila pihak berkuasa 'mengacau' kroni-kroninya.

Nak tak nak, Mahathir melakukan strategi politik seperti menyerang musuh politiknya secara konsisten.

Kita sebagai rakyat, jangan mudah terpedaya dengan Mahathir. Peluang dah diberi dua kali, kali ketiga tidak mungkin berlaku.

Comments