Retorik Melayu Mahathir Karut Semata-Mata


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering kali mengaku dia adalah Melayu sejati.

Sehinggakan dia marah apabila ada pihak menuduhnya adalah keturunan India.

Mahathir kerap kali mendakwa dia sering memperjuangkan orang Melayu namun mengapa nasib komuniti berkenaan tidak banyak berubah di bawah pentadbirannya?

Adakah benar Mahathir serius memperjuangkan orang Melayu?

Selain itu, mengapa Mahathir kerap kali mengecam orang Melayu dengan pelbagai kritikan dan tohmahan?
Mahathir berkata dia tidak akan berhenti berjuang untuk orang Melayu dan mahu kaum Melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.

Persoalannya, apa sahaja yang Mahathir buat untuk orang Melayu selama menjadi Perdana Menteri?

Bukankah Mahathir pernah menyuruh orang Melayu ikat perut untuk bantu kerajaan?

Mahathir hanya membantu kroni termasuk anak-anaknya sahaja, bukannya kaum Melayu yang bertaraf marhaen.

Perkara itu menunjukkan Mahathir tidak cakna dengan realiti kehidupan rakyat khususnya kaum Melayu.

Jarang sekali melihat Mahathir turun padang meninjau kehidupan rakyat bertaraf marhaen, sebaliknya hanya tahu berkata-kata tanpa memahami isu dihadapi oleh orang ramai.

Malah, kenyataan Mahathir itu turut menunjukkan dia gagal memajukan ekonomi semua bangsa sebagai seorang pemimpin.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/686595

Ketika zaman pandemik Covid-19 bermula 2020 hingga 2021, ada satu kes yang 'menggemparkan' negara selain peningkatan jumlah kes harian wabak tersebut.

Cucu Mahathir iaitu Meera Alyanna bte Mukhriz atau dikenali sebagai Ally Mukhriz telah ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Paling mengejutkan bagaimana cucu kepada seorang pemimpin yang kerap kali memperjuangkan orang Melayu, ditahan dalam keadaan mabuk?

Sebenarnya Ally Mukhriz ini kerap menghabiskan masa di luar negara dan terdedah dengan parti-parti liar serta minuman keras.

Ally Mukhriz ini daripada dulu sudah terdedah dengan unsur-unsur Barat sehingga tidak kisah dipegang erat dan berpelukan dengan lelaki 'mat saleh' di sana sini.

Dia seolah-olah tidak malu untuk berpelakuan sumbang meskipun datuknya adalah seorang figura politik berpengaruh di negara ini.
Sebelum ini, Mahathir mengatakan dia tidak sesekali mengamalkan pendekatan nepotisme dalam pentadbirannya selama dua dekad sebagai Perdana Menteri.

Namun sebelum ini, tular penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Opcom Holdings Berhad dimiliki oleh Mukhriz serta isterinya dan Mokhzani.

Mahathir memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Hanya selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan kabel gentian optik serta produk berkaitan kabel di Malaysia, telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Mokhzani merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Opcom Holdings Berhad pada masa itu manakala abangnya, Mukhriz adalah pemegang saham terbesar sehinggalah dia menyerahkan sahamnya kepada isterinya sebelum menceburi politik.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/436827


Mahathir bukan benar-benar mahu memperjuangkan kehidupan orang Melayu, sebaliknya mengutamakan kepentingan peribadinya.

Kehidupan orang Melayu tidak banyak berubah di bawah pentadbirannya. Berapa kerat sahaja orang Melayu yang benar-benar berjaya di bawah pentadbiran Mahathir?

Hanya kroni-kroni termasuk ahli keluarganya sahaja yang 'menyerlah' ketika era Mahathir.

Kini, Malaysia beruntung negara tidak diperintah oleh pemimpin seperti Mahathir lagi.

Kalau masih diperintah oleh Mahathir, Malaysia mungkin tidak akan keluar daripada kepompong pemerintahan nepotisme dan karutnya.

Comments