Mahathir Cepat 'Koyak'


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan dia menyaman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menghina peribadinya.

Sepanjang hidupnya, dia menghina orang lain tidak apa. Jangan orang lain menghina dia.

Dia menghina orang Melayu tak apa? Dia menghina mangsa tragedi Memali tak apa?

Dia hina bekas-bekas Perdana Menteri tak apa?

Mudah 'koyak' sebenarnya Mahathir ini sampai saman orang yang menghina dia. Perangai seumpama budak-budak si tua keparat ini.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1310665/saya-saman-ahmad-zahid-kerana-dia-menghina-saya-secara-peribadi-dr


Mahathir berulang kali memainkan sentimen Melayu adalah 'pemalas' selama bertahun-tahun lamanya.

Sentimen itu bukan sahaja mencetuskan impak negatif dalam kalangan orang Melayu malahan wujud 'sifat dendam' terhadap Mahathir. Tiada siapa yang mahu dipanggil 'pemalas'.

Golongan Melayu di negara ini sebenarnya sudah lebih maju. Lihatlah ekonomi gig didominasi oleh siapa? Rata-ratanya anak Melayu.

Angkasawan pertama Malaysia juga adalah orang Melayu, malahan dia menjadi contoh kepada angkasawan Islam lain dalam mengerjakan solat di angkasa.

Jika orang Melayu pemalas seperti didakwa oleh Mahathir, sudah tentu tiada angkasawan Melayu mampu ke angkasa.

Maka, bagaimana Mahathir boleh mengatakan Melayu adalah pemalas? Apakah Mahathir turun padang melihat sendiri pengorbanan komuniti Melayu di negara ini? Berdasarkan fakta apa, Mahathir sewenang-wenangnya mengatakan Melayu adalah pemalas?

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/orang-melayu-miskin-malaysia-seperti-bukan-milik-bumiputera-tun-mahathir-367142


Mahathir menjadi dalang kepada tragedi Memali pada 1985 yang menyebabkan 14 orang terkorban.

Peristiwa itu berlaku selepas Mahathir mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menyerang kampung tersebut kerana dia mendakwa penduduk di situ menyokong PAS.

Mahathir juga dikatakan berada di Malaysia ketika peristiwa terbabit, bukannya di China seperti disebarkan kepada orang awam sebelum ini.

Adakah salah di sisi undang-undang untuk rakyat memberi sokongan kepada parti politik lain sehingga membunuh orang ramai?

Bayangkan Mahathir turut mendakwa mangsa tragedi Memali adalah mati katak, bukan mati syahid.

Sangat lancang mulut Mahathir berkata begitu kepada mangsa tragedi yang berlaku disebabkan Mahathir sendiri.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373618/rci-memali-tiada-maaf-untuk-mahathir

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/336394/mangsa-memali-mati-katak-bukan-mati-syahid-dr-m


Mahathir lupa perpecahan orang Melayu telah bermula sejak dia mengedarkan surat layang kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa rusuhan kaum 1969.

Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman adalah punca kepada berlakunya peristiwa itu dan memintanya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dia turut mendakwa orang-orang kerajaan serta ahli-ahli UMNO serta PAS telah hilang kepercayaan kepada Tunku Abdul Rahman.

Namun, tindakan Mahathir itu disifatkan sebagai kurang ajar dan dia dipulau oleh ahli-ahli UMNO.

Tunku Abdul Rahman merasa sedih dengan tindakan Mahathir dan mengatakan surat layang tersebut telah memusnahkan jasa serta sumbangannya selama 17 tahun.

Surat layang itu menjadi salah satu punca Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri setahun kemudian.

SUMBER: https://thepatriots.asia/surat-terbuka-tun-dr-mahathir-kepada-tunku-abdul-rahman


Mahathir boleh hina orang lain tapi orang lain tak boleh menghina dia.

Perangai Mahathir seperti kanak-kanak, tak boleh orang 'usik' dia.

Sedangkan usia sudah menjangkau hampir 100 tahun, masih lagi berperangai seperti kanak-kanak.

Kalau diikutkan, rakyat patut saman dia kerana banyak kali menghina orang ramai seperti mendakwa Melayu pemalas dan bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

Tapi rakyat bukan 'hati tisu' seperti dia. Mahathir seorang sahaja yang cepat 'koyak' dengan orang lain.

Comments