Mahathir Tak Kisah Perihal Kedaulatan Negara


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pulau Batu Puteh hanya 'sekadar batu' dan tiada faedah bagi negara meneruskan semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung wilayah berkenaan.

Dia mangatakan negara ada pulau lain seperti Batuan Tengah dan Tubir Selatan untuk dibangunkan berbanding Pulau Batu Puteh.

Mahathir bercakap seolah-olah tiada otak. Kalau sudah buat salah, mengaku saja salah sendiri.

Tak perlu nak mempertahankan tindakannya yang terang-terangan mengkhianati kedaulatan negara.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/01/10/batu-puteh-sekadar-batu-buat-apa-kecoh-kata-dr-m/


Pulau Batu Puteh berada pada kedudukan amat strategik serta merupakan laluan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Justeru, pulau berkenaan memiliki nilai ekonomi termasuk pengaruhnya terhadap laluan perkapalan dan potensi sumber semula jadi di kawasan sekitarnya.

Tidak hairan apabila para nelayan Malaysia menyifatkan kawasan sekitar pulau tersebut sebagai lubuk sumber pendapatan mereka sebelum ini.

Para nelayan bagaimanapun hanya dibenarkan melakukan aktiviti perikanan di kawasan Batuan Tengah dan Tubir Selatan sahaja kerana kedua-duanya diberikan kepada Malaysia.

Dengan menguasai Pulau Batu Puteh, Malaysia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan wilayahnya tetapi juga potensi ekonomi maritim.

SUMBER: https://newslab.malaysiakini.com/pulau-batu-puteh/ms/


Pulau Batu Puteh bukan sekadar sebuah gugusan tanah di tengah lautan tetapi merupakan lambang kedaulatan Malaysia sebelum ini.

Singapura juga dilaporkan telah menjalankan kerja-kerja tambakan di sekitar Pulau Batu Puteh itu serta didakwa bakal menjadi pulau buatan manusia pada masa hadapan.

Pada 1986, Singapura sudah mula melancarkan operasi ketenteraannya di pulau berkenaan dan meletakkan kapal perang berhampiran Pulau Batu Puteh.

Langkah Singapura itu dikhuatiri memberi ancaman kepada Malaysia kerana pulau buatan manusia tersebut berkemungkinan menjadi sebuah pangkalan tentera laut negara berkenaan pada masa depan.

Walaupun saiz Pulau Batu Puteh hanya sebesar padang bola sepak, namun Singapura berkemungkinan boleh memperluaskan pulau buatan manusianya kepada 10 atau 20 saiz padang bola sepak.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/07/835894/singapura-mula-bangunkan-pulau-batu-puteh


Kalau bercakap soal kedaulatan, bukan Pulau Batu Puteh sahaja mahu digadainya.

Mahathir juga hampir-hampir meratifikasi Statut Rom.

Statut Rom akan memberi kuasa kepada pihak luar untuk mengadili pemimpin atau rakyat Malaysia.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berpotensi mengganggu urusan dalaman dan membolehkan pihak luar campur tangan dalam isu negara.

Mahathir seolah-olah mahu pemimpin tertinggi negara seperti Yang di-Pertuan Agong dan menjadi sasaran ICC jika negara dituduh gagal menangani isu seperti pelanggaran hak asasi manusia.

Malaysia mempunyai sistem raja berperlembagaan dan Statut Rom boleh menyebabkan konflik perundangan serta ketidakstabilan politik.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/552074/ngo-serah-memorandum-sokong-kerajaan-tarik-diri-statut-rom


Mahathir bukan seorang individu atau pemimpin yang sayangkan negara ini.

Habis semua kedaulatan negara mahu digadai.

Apa yang paling penting bagi Mahathir adalah dia dapat memenuhi agenda peribadinya.

Dia tidak memikirkan soal rakyat atau negara.

Adakah pemimpin seperti ini yang kita mahu angkat semula sebagai Perdana Menteri? Sudah tentu, tidak sama sekali.

Mahathir perlu berhenti mencari alasan untuk mempertahankan diri dan mengaku saja kesalahan yang dibuat.

Comments