Mahathir Bohong Soal Kekayaan Anak-Anaknya


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menafikan sekali lagi pelbagai dakwaan tentang kekayaan anak-anaknya.

Dia menafikan semua kekayaan anak-anaknya adalah disebabkan pengaruh ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mahathir mendakwa kekayaan anak-anaknya adalah kerana mereka menjalankan perniagaan di luar negara.

Dia juga mencabar semua pihak untuk menunjukkan bukti bahawa anak-anaknya kaya disebabkan pengaruhnya.

Kalau Mahathir mahukan bukti, sebenarnya banyak bukti yang telah tersebar di media sosial atau laman sesawang.
Sebelum ini, tular penularan sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sekadar imbas kembali, Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama adalah pada 31 Oktober 2003.

Mahathir sempat untuk memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad.

Mengapa syarikat itu mendapat tender berkenaan secara rundingan terus? Anak-anak Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.

Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.

Tidak hairan mengapa syarikat itu mendapat keistimewaan berbanding syarikat-syarikat lain.

Mahathir masih mahu menyatakan dia tidak membantu anak-anaknya?
Selepas empat hari Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua pada 2018, Opcom Holdings Berhad sekali lagi telah dianugerahkan kontrak sebanyak RM11.16 juta oleh Telekom Malaysia.

Saham Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen dalam tempoh sehari ketika itu.

Situasi tersebut dilihat sangat aneh memandangkan kerajaan Mahathir baru sahaja meluluskan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Mukhriz pada masa itu sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi syarikat itu namun masih memegang 23.28% saham manakala isterinya memiliki 14.11% ekuiti.

Pada tahun sama, Mukhriz bersama-sama isterinya mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25.1 juta.

Namun peliknya, keuntungan ekuiti saham yang diperoleh menerusi Opcom Holdings Berhad pada tahun itu tidak dinyatakan sekali dalam pengisytiharan harta berkenaan.

Sepatutnya nilai harta Mukhriz dan isterinya adalah RM37.9 juta jika mengambil kira jumlah pegangan saham mereka dalam Opcom.

Mana perginya lebihan harta tersebut?
Pada 1992, Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992.

Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).

Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira AS$230 juta kerana membeli syarikat Hong Kong, Pacific Basin Bulk Shipping pada 1996.

Mirzan hampir muflis dan Mahathir mengarahkan Petronas membeli syarikat KPB sebanyak RM900 juta.

Mahathir juga sanggup merancang untuk melaksanakan satu skema khas dengan mengambil dana kira-kira RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah untuk membantu KPB.

KPB ketika itu memiliki hutang sebanyak RM1.6 bilion.

Namun, Mahathir dikatakan mengarahkan pembelian KPB dibuat menerusi pintu belakang tanpa saluran rasmi.

Mahathir diminta membentangkan bajet tambahan untuk 'bail-out' KPB di Parlimen tapi dia tidak mahu kerana ingin menjaga air mukanya.

Mahathir sebaliknya mengarahkan Petronas membeli KPB menggunakan dana kerajaan tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/expkr-youth-chief-alleges-dr-mahathir-bailed-his-sons-kpb-1998-59960


Tender kerajaan dan 'bail out' syarikat anak-anaknya adalah bukti kukuh Mahathir 'menghadiahkan' kekayaan kepada mereka.

Berniaga di luar negara? Jangan buat rakyat tergelak dengan kenyataan itu.

Kalau bukan bapa mereka adalah Mahathir, sudah tentu anak-anaknya muflis seperti yang berlaku kepada Mirzan.

Namun kerana bapa mereka adalah Mahathir, sehingga kini anak-anaknya memiliki harta berbilion ringgit atau mungkin dolar.

Mahathir mahu bukti? Banyak bukti tentang kronismenya telah terdedah dan tersebar. Tunggu masa sahaja.

Kalau boleh, duduk diam-diam Mahathir. Tahun ini sepatutnya sudah boleh berehat daripada berbicara soal politik.

Comments