Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim baru-baru ini mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diangkat sebagai Perdana Menteri jika gerakan 'payung Melayu' berjaya memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ujarnya, payung Melayu itu merangkumi parti-parti seperti PAS, Bersatu dan beberapa parti kecil lain.
Cadangan itu bukan sahaja dangkal malah hanya seolah-olah 'mengambil hati' Mahathir.
Tidak cukupkah dua kali peluang diberikan kepada Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri?
Malah, bukankah usia Mahathir sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri?
Apakah Malaysia kekurangan pemimpin berwibawa selain Mahathir untuk dicadangkan sebagai Perdana Menteri?
Berhentilah mencadangkan nama Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Mohd Zaid mendakwa Mahathir merupakan pejuang sejati orang Melayu namun apakah buktinya?
Walhal, Mahathir adalah individu yang selalu memecahbelahkan orang Melayu sejak dari dulu lagi.
Adakah Mohd Zaid lupa dengan Semangat 46, penubuhan UMNO baharu dan sebagainya ketika era pemerintahan Mahathir?
Adakah Mohd Zaid lupa dengan kenyataan merendah-rendahkan golongan Melayu dikeluarkan oleh Mahathir sebelum ini?
Adakah itu disifatkan sebagai satu perjuangan sejati?
Ketika memimpin UMNO sekitar 1980-an, Mahathir mencetuskan krisis dalaman yang sehingga kini memberi impak kepada arena politik negara.
Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dan Tan Sri Musa Hitam dikatakan tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana gaya kepimpinannya yang kuku besi serta autoritarian.
Ku Li dan Musa Hitam bersatu membentuk Kumpulan B pada pemilihan parti UMNO pada 1987.
Ku Li bagaimanapun tidak setuju dengan keputusan pemilihan berkenaan kerana menyatakan telah dimanipulasi oleh Mahathir.
Mahathir turut mencetuskan kemarahan Team B apabila bertindak menyingkirkan semua ahli Kumpulan B daripada Kabinetnya.
Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru.
Setelah melalui proses mahkamah, mahkamah mengisytiharkan pengharaman UMNO.
Tidak lama kemudian, Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO baru.
Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Kumpulan A yang kemudiannya memulakan pemindahan aset UMNO 'lama' ke UMNO baru dalam bulan-bulan yang berikutnya.
Rentetan daripada peristiwa itulah tertubuhnya Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh Kumpulan B.
SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/279937
Tanah rizab Melayu pun hanya tinggal 17 peratus di bawah pemerintahan Mahathir.
Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang tamat pada 1990 hanya capai 23 peratus pemilikan ekuiti Melayu-Bumiputera.
Dia juga pernah memaksa dan menghalau penduduk Melayu dari Kg. Semarak, Kg. Abdullah Hukum, Kg. Samudera, Kg. Lindungan, Kg. Pantai Luar dan lebih 30 kampung Melayu di Kuala Lumpur.
Mahathir juga yang memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Maternatik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Bahasa Melayu terus diketepikan atas alasan bahasa Inggeris merupakan lingua franca yang wajib dipelajari.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/
Mahathir bukanlah pejuang sejati Melayu seperti yang dicanangkan oleh Mohd Zaid.
Kaum Melayu tidak semaju atau dibela dengan selayaknya di bawah era pemerintahan Mahathir.
Usia Mahathir juga sudah lanjut, dia tidak layak untuk memerintah negara pada umur sedemikian.
Malaysia perlukan pemimpin yang baharu, lebih faham situasi politik semasa.
Perjuangan Melayu Mahathir sudah lapuk, tidak sesuai dengan aspirasi kaum Melayu pada masa kini.
Comments
Post a Comment