Pemimpin pertubuhan Mandiri, Amir Hariri Abd Hadi baru-baru ini ditahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Amir disekat daripada ke luar negara manakala akaun banknya dibekukan sebelum ini.
Dia cuba mempersoalkan tindakan membekukan akaun peribadinya serta akaun Mandiri di bawah AMLA, selain mendakwa tidak menerima penjelasan awal daripada pihak berkuasa.
Ini bukan kali pertama Amir berada dalam organisasi yang berdepan tuntutan supaya pengurusan dana laporan audit dijelaskan.
Ketika Amir menjadi Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), beberapa pemimpin akar umbi yang meninggalkan parti pada 2024 pernah mendesak supaya laporan audit kutipan dana bantuan banjir 2021 didedahkan.
Kempen Mari Bantu itu dilaporkan mengumpul sekitar RM2.1 juta daripada kira-kira 45,000 penyumbang.
Justeru, isu ketelusan laporan audit sesuatu yang munasabah untuk ditanya oleh penyumbang dan ahli parti pada masa itu.
Ketika didesak pada masa itu, Amir lari dari tanggungjawab dan memberi alasan berada di United Kingdom (UK) ketika banjir tersebut berlaku.
Tipulah jika Amir tidak mengetahui apa-apa sedangkan dia adalah Setiausaha Agung parti berkenaan.
Mustahil dia tidak tahu apa-apa tentang semua perkara yang berlaku dalam parti ketika itu.
Ketika kontroversi dana banjir MUDA 2024, Amir sendiri pernah berkata parti tidak bekerja mengikut tempoh dua minggu yang diberikan bekas ahlinya dan meminta proses audit diberikan lebih masa untuk diselesaikan.
Malah ketika itu, laporan audit dana bantuan banjir yang dikumpul sejak 2021 masih belum dikeluarkan walaupun persoalan mengenainya sudah dibangkitkan oleh bekas pemimpin akar umbi.
Sekarang apabila akaun Mandiri dibekukan, Amir pula mahukan penjelasan segera kerana mendakwa tidak pernah dimaklumkan mengenai tindakan tersebut.
Dahulu, orang lain diminta bersabar kerana proses mengambil masa.
Kali ini, apabila dia berada di pihak yang menunggu jawapan, kelewatan beberapa minggu sudah menjadi isu besar buat Amir.
Kalau prinsipnya adalah setiap proses penyiasatan perlu diberi ruang, prinsip itu sepatutnya tidak berubah hanya kerana kali ini Amir berada di situasi yang berbeza.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/715895
Amir mendakwa pembekuan akaun dan sekatan perjalanan terhadap pemimpinnya sebagai satu bentuk ancaman politik terhadap dirinya serta mendesak kerajaan memberikan penjelasan.
Persoalannya, adakah wajar setiap tindakan penguatkuasaan terus disifatkan sebagai ancaman politik?
Amir sendiri berkata mereka tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan bersedia menunjukkan rekod kewangan, maka ruang terbaik untuk membuktikan perkara itu adalah melalui proses siasatan yang telus.
Kalau Amir benar-benar yakin akaunnya bersih, mengapa perlu takut daripada sibuk membuat mungkin seratus sidang media yang mahu membuktikan dia tidak bersalah?
Tunggu sahajalah siasatan selesai kalau betul berada di pihak yang benar.
Dulu apabila ada pihak mahukan jawapan, Amir meminta masa untuk menyelesaikan.
Malah, laporan daripada pihaknya tiada langsung dikeluarkan sehingga hari ini.
Sekarang, apabila akaunnya dibekukan, dia tergesa-gesa mahukan jawapan.
Dulu kan dia minta orang bersabar, kenapa sekarang tidak boleh bersabar, betul tak?
Kalau benar, tak perlu tergesa-gesa, biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan.
Comments
Post a Comment